Contoh Cara Kira Gaji Baru Kakitangan Awam 2016

aynora nur | 25 November, 2015,3:50 PM |
Advertisement
Contoh Cara Kira Gaji Baru Kakitangan Awam 2016 - Berita baik sedang dinanti-nantikan oleh kakitangan awam di seluruh Malaysia. Mana tidaknya, ada pembayaran bonus RM500 pada bulan Januari 2016, ada kenaikan gaji, COLA naik dan banyak lagi berita manis buat kakitangan awam keseluruhannya.

Dalam Bajet 2016 yang lalu juga PM umumkan gaji minima untuk sektor awam/kerajaan dinaikkan kepada RM1,200-00. Satu peningkatan tangga gaji yang banyak, dan diharap mereka yang terlibat dapat sama-sama meningkatkan produktiviti dalam kerjaya masing-masing.



Contoh Cara Kira Gaji Baru Kakitangan Awam 2016 


Di bawah ini saya kongsikan contoh cara kira gaji baru kakitangan awam 2016 yang mungkin diperlukan oleh ramai orang sebagai rujukan. 


Nota:

Kenaikan Gaji Tahunan = KGT
A = Gaji Pokok
B = Gaji Pokok Baru
C = Gaji Pokok Baru Selepas Kenaikan 1 Gred Gaji


Contoh: JAWATAN DH41

Kenaikan Gaji Tahunan Bulan Januari


Kenaikan berkuatkuasa 1 Julai. Maknanya bagi yang KGT (Kenaikan Gaji Tahunan) Januari, akan naik Januari dan Julai. Berdasarkan kepada GRED GAJI BARU kakitangan awam.

Contoh Cara Kira Gaji Baru Kakitangan Awam 2016

Kenaikan Gaji Tahunan Bulan April


Kenaikan Gaji Tahunan adalah sebanyak RM225.00 akan diterima pada Bulan April dan sekali lagi Kenaikan 1 Gred Gaji pada bulan Julai RM225.00. Maknanya pada tahun 2016, penjawat awam akan menerima dua kali kenaikan gaji seperti yang telah dibentangkan oleh PM pada Belanjawan/ Bajet 2016 baru-baru ini.

Contoh Cara Kira Gaji Baru Kakitangan Awam 2016

Kenaikan Gaji Tahunan Bulan Julai


Bagi yang KGT Julai, akan naik kiraan 2x KGT pada Julai. Iaitu, Kenaikan Gaji Tahunan adalah sebanyak RM225.00 akan diterima pada Bulan Julai sebanyak 2 kali kenaikan. 

Contoh Cara Kira Gaji Baru Kakitangan Awam 2016

Kenaikan Gaji Tahunan Bulan Oktober


Bagi yang KGT Oktober akan naik sekali pada Julai dan sekali lagi seperti tahun sebelumnya pada Oktober.

Contoh Cara Kira Gaji Baru Kakitangan Awam 2016

Gambar di atas adalah perkongsian daripada blog INI. Anda boleh lihat lebih banyak info berkaitan tangga gaji baru kakitangan awam 2016 dan lain-lain berita tentang kakitangan awam. 

Semoga perkongsian di atas memberikan manfaat kepada anda.


Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
9 Komen untuk "Contoh Cara Kira Gaji Baru Kakitangan Awam 2016"

tq,tapi untuk penjawat awam gred h11 yang baharu saja 2 tahun berkhidmat, benefit dari gaji minimum rm1200 tu dapatkah?.contohnya sekarang basic gaji rm976.00.

Assalam Aliyah,
Bila agaknya kenaikan tahunan anda? Adakah januari, julai atau oktober? Mungkin gaji anda akan diselaraskan ke gaji minima pada bulan kenaikan tersebut. Tetapi jika gaji minima RM1200 tertakluk kepada pekerja baru mulai tahun 2016, maka anda tidak dpt gaji min tersebut. Wallahua'lam.

Asalam aliyah . Sbnarnya gaji pokok akan d selarasakan dan kgt juga akan diberi ikut bulan kenaikan anda ..tQ :) bnyk info x betul dalam sini .. kiraan pun salah :p

Maknanya bulan julai baik 225x2 ke? Tp check penyata gaji td, naik 225 je?

betul ke?mcm salah je.. klu kenaikan bln july, masa bln 1 2017 ada kenaikan apa ye? kena tgu bln july 2017 la br naik. yeke?

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top