Kesempurnaan Itu Bukan Milikmu

Sempurna! Segalanya kamu mahu ia sempurna dan kelihatan sempurna. Tetapi mampukah kita memiliki kesempurnaan itu? Sempurna terkadang kamu temukan dalam perjalanan kamu tetapi di kemudiannya kamu merasa tidak puas hati, kerana ia masih belum cukup sempurna di matamu. Jadi, dimanakah titik noktak sempurna itu?

Mencari kesempurnaan daripada yang namanya makhluk Allah, pasti semakin banyak kekurangannya yang kau temui. So, jangan mencari kesempurnaan. Kerana, kamu tidak akan menemuinya. Sebab itu kita bernama manusia yang memiliki segala kekurangan dan banyak khilfnya. Ikhlaslah menerima kekurangan kita. Hanya Allah yang bersifat sempurna. Yakini itu!





Jangan Mencari Kesempurnaan


Suatu hari, aku bertanya kepada guru,

Aku: "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup..?"

Guru: "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan kembali kebelakang..!"

Setelah berjalan dan sampai di ujung taman, aku kembali dengan tangan hampa..

Lalu Guru bertanya: "Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun..??"

Aku: "Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya, tapi aku tidak memetiknya, kerana aku fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun ketika aku sudah sampai di hujung, aku baru sedar bahawa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tak mungkin kembali kebelakang lagi..!"

Sambil tersenyum, Guru berkata:
"Ya, itulah hidup.. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan.."

• Bila tak kuasa memberi, jangan mengambil.
• Bila mengasihi terlalu sukar dan sulit, jangan membenci.
• Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.
• Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit/ memberatkannya.
• Bila tak sanggup memuji, jangan mengkeji.
• Bila tak mampu menghargai, jangan menghina.

"JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita"...


No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.