Petua Masak Nasi Lemak Lebih Lembut Dan Sedap

aynora nur | 16 November, 2015,9:54 AM |
Advertisement
Aynorablogs.Com - Saya akan kongsikan petua masak nasi lemak lebih lembut dan sedap. Petua ini saya dapat dari ajaran MIL yang sudah bertahun berniaga di kantin sekolah. Takkan petua dia tak betul, kan? Kerana kelazatan nasi lemaknya, bekas student yang sudah bertahun meninggalkan alam persekolahan masih merindui nasi lemaknya. Wow!!

Apakah rahsia nasi lemak lebih lembut dan sedap. Bila makan susah nak berhenti. Bila dah sejuk hingga ke malam pun masih terserlah kelembutannya..he he


Petua Masak Nasi Lemak Lebih Lembut Dan Sedap

Petua Masak Nasi Lemak Lebih Lembut Dan Sedap


Baiklah.

Saya kongsikan petua nasi lemak anda boleh lembut dan bertambah lazat dengan menggunakan cara yang saya kongsikan nanti.

Bila nak masak nasi lemak, sukatannya 2 pot beras biasa dicampur dengan 1 pot beras pulut. Kemudian rendamkan selama 1 jam. Barulah masukkan santan, daun pandan, dan sedikit garam. Kalau nak letak halia pun boleh. Kemudian masak dalam periuk elektrik sehingga nasi lemak sedap dan lembut telah tanak. Hasilnya pasti memuaskan.

Cara Tentukan Sukatan Air Untuk Masak Nasi Lemak

Ok, kalau kita guna beras biasa sukatan air hendaklah sama antara sukatan beras dan air, contohnya kalau 2 pot beras bersamaan dengan 2 pot air/santan. Tapi, kalau beras yang biasa kita guna perlukan air yang banyak, sukatlah seperti biasa macam kita tanak nasi. 

Kalau orang tua-tua ajar dulu, bila kita letak beras dalam periuk dan tuangkan air, sukatan air itu biarlah satu inci dari permukaan beras. Boleh juga gunakan jari dan ukur hujung jari itu, bila air itu sampai dekat line pada jari yang pertama dari permukaan beras, itu dah kira betul la lah tu...hihi..
Bagaimana? Nak cuba ..silakan. Buat macam ni bagus untuk makan seisi rumah tapi kalau nak berniaga, kosnya agak mahal. Takut nanti nasi lemak mahal tak ada orang nak beli. Hihi...

Nak petua lagi? Baiklah. Saya nak share petua masak pulut. Biasanya pulut kan lambat masak. Kalau nak pulut anda cepat masak, masukkan sudu ketika mengukus pulut tersebut. Insyaa Allah, pulut anda cepat masak.

Semoga petua yang dikongsikan akan dapat memanfaatkan dan memudahkan urusan seharian anda.

Terima kasih kerana membaca entri petua masak nasi lemak lebih sedap dan lembut di atas. Sebarkan dan kongsikan jika anda suka entri ini.

Selamat mencuba.
Tag : Petua
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
3 Komen untuk "Petua Masak Nasi Lemak Lebih Lembut Dan Sedap"

Terima kasih atas petuanya..TERBAIK!

Belum pernah cuba cara ni..nanti bolehlah try

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top