Resepi Spaghetti Bolognese Serba Ringkas

aynora nur | 21 November, 2015,11:05 PM |
Advertisement
Resepi Spaghetti Bolognese Serba Ringkas - Selamat malam minggu pengunjung blog tersayang. Kali ini saya sempat tulis resepi pada waktu malam sebab tidak busy sangat. Lagipun esok adalah hari minggu, dapat lah saya melayan handphone sekejap. Oh ya, mungkin anda tidak tahu bahawa saya menaip artikel saya menggunakan handphone je, tak guna komputer pun..hihi, gambar;gambar pun saya edit di smartphone ni. Sekarang semuanya dah canggih, yang penting ada sedikit ilmu dan minat untuk mencuba. Betul tak?

Resepi Spaghetti Bolognese Serba Ringkas

Berkenaan dengan spaghetti...last saya makan adalah di Sedap Corner. Lebih kurang 3 bulan yang lepas. Famili saya kurang gemar dengan masakan berasaskan sphagetti ni, jadi kalau teringin nak makan, saya order je. Cepat dan mudah..hihi

Tetapi, kali ini saya nak juga simpan resepi sphagetti bolognese demi untuk kegunaan masa depan. Tak rugi pun..


Resepi Spaghetti Bolognese Serba Ringkas 


Bahan-bahan:
(Anggaran hidangan untuk 5 orang)

450gm spaghetti {direbus dengan sedikit minyak dan garam}
200gm sos tomato puri
500gm daging cincang
500gm sos pasta
180gm cendawan butang
2 biji bawang besar - dipotong dadu
4 ulas bawang putih - ditumbuk
80gm bunga kubis - direbus
80gm brokoli - direbus
10gm keju emantel untuk ditabur
2 sudu makan herba campuran
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya

Cara Memasak Spaghetti Bolognese Serba Ringkas 


1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga perang dan wangi

2. Masukkan sos tomato puri. Masak sehingga naik minyak.

3. Masukkan pula sos pasta dengan campuran herba. Jika kering tambah sedikit air.

4. Kemudian masukkan daging dan goreng hingga masak.

5. Masukkan cendawan dan kacau lagi.

Resepi Spaghetti Bolognese Serba Ringkas


6. Akhir sekali sesuaikan rasa kuah dengan garam dan gula secukup rasa.

7. Tuang kuah atas spaghetti dan tabur keju di atasnya.

Nota:
Mungkin ada yang tidak tahu apa itu herba campuran. Herba campuran (mixed herbs) ada banyak jenis seperti campuran akar kayu dan ada juga campuran herba masakan. Banyak di jual di pasaraya seperti Giant, Tesco dan lain-lain pasaraya. Kadang-kadang herba campuran dia orang masukkan dalam tepung goreng ayam yang segera tu, ada rasa pedas dan lada hitam...

Kegunaannya untuk menyedapkan masakan terutamanya dalam campuran kuah masakan barat.

Selamat mencuba.
Tag : Resepi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Resepi Spaghetti Bolognese Serba Ringkas "
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top