Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jom Kurus! Ketahui BMI Anda

Jom Kurus! Ketahui BMI anda. Semua orang nak kurus. Dan saya pun sama nak kembali kurus untuk kesihatan yang lebih baik dan persediaan menjelang usia tua. Bila dah tua badan melebihi berat yang disarankan, ditakuti ia boleh membawa pelbagai penyakit sampingan seperti jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Siapa yang tak nak kurus, betul tak?

Kurus adalah satu motivasi diri yang secara tak langsung menjadikan hidup lebih bersemangat dan ceria. Namun jika kita memang telah dilahirkan berbadan besar, terimalah seadanya. Gemuk adalah genetik. Itu tak dapat dinafikan.


Ketahui BMI Anda


Nak kurus? Jom kita baca dulu tentang BMI. Apa itu BMI? BMI adalah Body Mass Index. Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Badan adalah petunjuk jumlah lemak badan seseorang berdasarkan nisbah berat badan berbanding ketinggiannya.

Nilai BMI memberitahu samada seseorang itu kurang berat badan/kurus, berat badan normal, berat badan berlebihan/gemuk, atau obes. Lagi besar BMI, lebih gemuk orang itu.

Cara semak BMI anda,

Sila ke website berikut:
http://www.nhs.uk/Tools/Pages/Healthyweightcalculator.aspx

Jom Kurus! Ketahui BMI Anda

Klik pada butang START

Jom Kurus! Ketahui BMI Anda

Kemudian, masukkan semua data-data yang diperlukan. Contohnya jantina, umur, tinggi, berat. Last sekali tekan CALCULATE.

Selesai memasukkan data, dan setelah data itu diproses, keputusan atau result pun keluar. Contoh seperti paparan di bawah:

Jom Kurus! Ketahui BMI Anda

Jika result yang keluar mengatakan anda OBESE...bermakna anda kena lakukan sesuatu. Jom Kurus! Hihi...

Jadi, pada artikel pertama berkaitan Jom Kurus! ini kita ketahui betul-betul BMI kita. Bila dah dapat idea berkaitan BMI tersebut, barulah boleh move forward kepada usaha atau step seterusnya iaitu diet jenis apa yang kita nak amalkan. Diet ada banyak jenis, jadi kena pandai pilih mana yang sesuai dengan aktiviti harian kita dan kemampuan tubuh badan sendiri.

See you again in next entry...insyaa Allah..


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close