Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Lazat

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Lazat - Ayam masak lemak cili padi ataupun ada yang panggil cili api adalah antara masakan yang digemari oleh kebanyakan orang di Malaysia. Ia umpama masakan pembuka selera tetapi tak boleh selalu dimakan, sebab ia berlemak. Hihi...

Kepakaran saya adalah...menyediakan ayam masak lemak cili api cara saya, hihi...iaitu dengan menambah ikan bilis sebagai penambat rasa yang lebih sedap.

Ada banyak versi ayam masak lemak cili padi antaranya, resepi ala minang, resepi orang Johor, ayam masak lemak cili api cara Negeri Sembilan, ala Melaka dan banyak lagi. Ada juga yang menyediakan ayam masak lemak cili padi dicampur dengan nenas atau belimbing buluh. Ikut citarasa masing-masing lah ya...


Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Kesukaan Ramai



Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi 


Bahan-bahan:

1 ekor ayam, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
4 biji kentang, kupas, dan belah 4 setiap 1, rendam
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, dimayang halus
1 keping asam gelugor
2 kotak santan segera (asingkan ikut 1/4 pekat, yang lebih buat cair sedikit)
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa


Bahan-bahan kisar halus:

30 biji cili padi kampung/ kalau tak da, guna 20 biji cili padi vietnam (warna merah) campurkan dengan 5 batang cili hidup.
1 inci kunyit hidup @ 2 sudu kecil serbuk kunyit
2 inci halia
6 biji bawang merah kecil
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
segengam ikan bilis halus


Cara Menyediakan Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Lazat


1. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Masukkan kentang (toskan), masak hingga kentang empuk.

Nota:
Jika nak tumis dulu bahan kisar dengan serai pun boleh. Ikut pilihan masing-masing. 

2. Kemudian, tuang santan cair. Masukkan asam gelugor dan jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih. 

2. Tuang pati santan (santan pekat), kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Rasa...dan jika ok boleh matikan api.


Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Kesukaan Ramai


3. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain. Sesuai juga dihidangkan roti canai atau lempeng. 


Rahsia Ayam Masak Lemak Cili Padi Lebih Lemak Dan Kurang Pedas


1. Jika anda lihat bahan-bahan kisar di atas, saya campurkan dengan ikan bilis halus. Dengan ikan bilis halus, ayam masak lemak cili padi anda lebih lazat dan lemak rasanya. Tak percaya, cubalah! Hihi...

2. Kentang dan asam gelugor juga boleh menghilangkan rasa pedas cili padi yang amat menyengat. Dengan cara ini, semua ahli keluarga termasuk anak kecil boleh makan ayam masak lemak cili padi yang kita masak itu.

Selamat mencuba!! Kongsikan dan sebarkan jika suka resepi ayam masak masak lemak cili padi kesukaan ramai di atas.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Mekasihh Kak, tak sabar nak masak utk family

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close