Buktikan Cintamu

Buktikan Cintamu. Ketika kamu ditimpa kesusahan, kesukaran dan diduga dengan musibah dalam hidup, apakah tindakanmu? Apakah yang kamu lakukan?

Adakah keluh kesah menjadi luahan di bibir, wajahmu muram menangisi takdir hidup? Adakah kamu berputus asa lantas kamu mempersoalkan mengapa kamu yang diduga?

Tidak malukah mengaku cinta tetapi kamu tidak mahu menerima 'pemberiannya' dengan lapang dada. Banyak hadiah yang Dia berikan untuk mereka yang dikasihi. Banyak ingatan yang disisipkan melalui hadiah-hadiahNya itu. Hadiah tak selalunya indah, terkadang ujian pun hadiah dari Allah untuk hambaNya yang sabar.

Buktikan Cintamu
Semoga kita menjadi orang yang mencintai Allah dengan membuktikannya melalui kecintaan kita kepada kalamNya iaitu Al Quran. Buktikan cintamu dengan rajin membacanya, merenungkannya, menghayati, mengimani, dan mengamalkan isinya dan rajin menggali pengajaran dari kisah-kisah di dalamnya, di dalam Al Quran.

Ketahuilah, bahawa dengan mengingati Allah hati menjadi tenang. Sedarlah bahawa Allah sedang berkata-kata dengan kita melalui al Quran.


Buktikan Cintamu


Sekiranya kamu mengaku cinta, kamu harus bersyukur kerana diduga. Andainya kamu mengaku kasih, kamu harus memohon kekuatan dan bukannya meminta dugaan itu di hapuskan. Buktikan cintamu itu. Buktikan pengakuan dan keyakinan kamu itu. Redhalah nenerima semua yang didatangkan atas jalan hidupmu. Mohon agar Dia memberikan kamu kekuatan, semoga Dia meninggikan kesabaranmu, semoga Allah memberikan ketabahan buat kamu melewati hari-hari mendatang.

Cinta memerlukan pengorbanan. Bukan sedikit jumlahnya, bukan sehari dua sengsara dan ia banyak menumpahkan airmata. Jika hatimu kuat dan keyakinan mu jitu di atas segala rintangan yang diharungi, kamu akan memandang Allah dengan tersenyum. Allah sayangkan kamu lebih dari yang lain, sebab itu kamu yang dipilih.

Ujian tanda Allah kasih. Buktikan cintamu kepada Allah, inilah waktunya kamu menunjukkan bahawa cintamu hanya SATU dan tidak berbelah bagi. Buktikan cintamu kepada Yang Maha Pencipta Bahagia, insyaa Allah bahagia dan tawa menemani di sepanjang USIA.

#sebarkan Bahagia dan buktikan cintamu.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.