Cara Buat Kuih Seri Muka Yang Sedap

Tudung kanak-kanak
Cara Buat Kuih Seri Muka Yang Sedap. Kuih seri muka antara kuih tradisional kegemaran saya selain kuih karipap, kuih koci dan donut. Antara banyak kuih tradisional yang saya suka makan, saya dah pakar buat karipap. Donut pun serupa, bolehlah saya membuatnya sendiri jika teringin nak makan pada hujung minggu..almaklumlah saya kan wanita berkerja, hanya hujung minggu ada sedikit masa untuk buat itu dan ini...

Kuih seri muka secara tradisinya dibuat dalam dua lapisan iaitu atas berwarna hijau (tepung berasakan santan kelapa/pewarna pandan) dan lapisan bawahnya berwarna putih (pulut).

Cara Buat Kuih Seri Muka Yang Sedap


Cara Buat Kuih Seri Muka Yang Sedap


Oleh kerana saya suka makan kuih seri muka, saya cuba mencari resepi kuih seri muka yang paling sedap tetapi tak leceh nak membuatnya. Maksudnya, saya yang tak pandai masak ni boleh membuatnya sendiri jika teringin nak makan kuih seri muka nih...hihi

Opss!! Nak tengok resepi2 lain ke? Blog resepi No 1 dalam hati ku..



Baiklah.

Saya ada terbaca dalam internet bahawa kuih seri muka jadi sedap bila bancuhan tepungnya dihasilkan lembut, warna sekata, rasa manisnya yang berlemak tetapi sesuai dengan kombinasi pulut kukus yang ada rasa masinnya. Hah! Nampak tak piawaian yang diberikan untuk mendapat kuih seri muka yang sedap.

Cara Buat Kuih Seri Muka Yang Sedap

Lagi satu, yang membuat lapisan atas kuih seri muka lebih sedap adalah campuran bahan-bahannya yang dimasukkan bersama tepung gandum iaitu tepung jagung, telur, santan pekat, gula pasir dan garam. Itu yang menjadikan kuih seri muka lebih sedap dari biasa! Hihi...

Okay.

Saya turunkan resepinya di bawah ni untuk rujukan anda yang minat kuih seri muka macam saya.

Resepi Kuih Seri Muka


Bahan-Bahan untuk Lapisan Bawah Seri Muka (Bahagian pulut)

400 gm atau 2 cawan beras pulut putih (direndam selama 3 jam)
2 cawan santan cair (sama dengan sukatan pulut)
1 sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Bawah

1) Bersihkan dan toskan beras pulut sehingga air kering.
2) Masukkkan ke dalam Loyang (10x10) yang dialas oleh kertas plastik (14x14)
3) Sebelum itu, sapukan minyak di sekeliling loyang.
4) Masukkan santan cair dan garam ke dalam loyang yang berisi pulut tadi.
5) Gaul sebati dan kukuskan selama 25 - 30 minit. Sekali-sekala hendaklah dikacau supaya pulut masak dengan lebih rata.
6) Santan dgn pulut mesti mempunyai paras yang sama.
7) Setelah masak, tekan pulut tadi sehingga mampat dan padat dalam loyang.
8) Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas.


Bahan-Bahan untuk Lapisan Atas Seri Muka

2 cawan santan pekat
150 mL air + 4 helai daun pandan
(Dikisar dan ditapis untuk dijadikan air pandan)
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula pasir (jika hendak manis-1 cawan gula)
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau


Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Atas

1) Masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur, santan pekat, gula pasir dan garam ke dalam bekas. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air dan kacau lagi.
2) Selepas itu, masukkan pewarna hijau dan sedikit daun pandan.
3) Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga rata dan sekata dengan whisker.
4) Tapis ataupun kisar untuk memastikan tiada bintilan dalam adunan tepung.
5) Kemudian tuangkan campuran (adunan hijau) ke atas pulut yang telah ditekan.
6) Kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak.
7) Balut penutup periuk dengan aluminium foil, tuala atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih.
8) Masak sekejap di atas api perlahan sehingga naik wap.
9) Setiap 10 minit penutup dibuka untuk membuangkan wap air.

Cara Buat Kuih Seri Muka Yang Sedap
Gunakan pisau kecil untuk meratakan permukaan atas kuih seri muka

10) Sejukkan dengan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang.
11) Selepas itu, barulah potong mengikut saiz sesuka hati dan dihidangkan.

Selesai sudah perkongsian cara-cara buat kuih seri muka yang sedap. Kalau anda tengok senarai cara membuatnya nampak panjang berjela, sebenarnya ia tidaklah susah mana. Ikut langkah demi langkah perlahan-lahan dan akhirnya kuih seri muka anda pasti jadi, senang aje sebenarnya..

Semoga bermanfaat. Kongsikan jika suka...  

8 comments:

  1. Step pulut tu konpius step 2-5.. yg mana buat dulu sebenarnye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear, senang citer loyang dah sapu minyak, bubuh kertas minyak baru letak pulut. Kemudian tuangkan santan yang telah dibancuh dengan air garam. gaul sbati. Hihi...susunan agak celaru, sori ya

      Delete
  2. Assalam....punya la teringin nak makan Kuih ini...sis share ye, thank you

    ReplyDelete
  3. Salam sis,
    I nak tyn, kukus pulut sebenarnya berapa lama? Api kecil ke, sederhana atau kuat? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulut hendaklah dikukus selama 25 - 30 minit. Selamat mencuba

      Delete
  4. Assalamualaikum. Nak tanya sukatan santan cair dan pekat tu guna berapa biji kelapa. Terima kasih

    ReplyDelete
  5. This a truly a tried and tested recipe that turned out beautiful and tasty. It brought back memories to this Malaysian who now lives in Canada.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.