Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu Kedua

Tudung kanak-kanak
Aynorablogs.Com - Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu Kedua. Selesai sudah MLM 2016 minggu kedua malam tadi dengan kumpulan Awok telah tersingkir. Kebanyakan perserta Maharaja Lawak Mega 2016 malam tadi menampilkan persembahan yang agak baik dan ada juga yang kurang memberangsangkan. Antara yang menyerlah adalah kumpulan BOS yang dianggotai oleh Ajo Mamu, Abu Mamu & Ezad Lazim. 

Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu Kedua

Syabas kerana memberikan lawak yang santai dan mudah difahami. Kita tengok MLM pun bukannya nak stress-stress, kan?

Awok Tersingkir Pada Minggu Kedua


Kumpulan Awok adalah satu-satunya kumpulan yang mempunyai ahli wanita di dalamnya iaitu Filzah & Ain. Yang lelakinya bernama Ayie. Dari minggu pertama lagi lawak mereka memang kurang menjadi. Tidak seperti Jihan dahulu yang outstanding dengan aneka ragam lawaknya...tak semua kaum wanita mampu melawak sebaik Jihan. Kan...? 

Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu Kedua

Selain itu, 4 Kumpulan yang mendapat 4 Ha dari juri adalah kump LoL, Joras, Bos dan Rayza. Saya memang jangkakan kumpulan-kumpulan ini boleh pergi jauh, paling tidak pun boleh sampai ke separuh akhir MLM2016. 

Kumpulan BOCEY juga boleh tahan tetapi juri Najib Ali macam tak ketawa pun dengan lawak jual ikan yang ditampilkan. Mungkin terlalu biasa, tiada x-faktornya. Jadi lain kali kumpulan BOCEY kena berhati-hati dan berusaha gigih untuk bersaing dengan kumpulan lain yang nampaknya semakin serasi dengan lawak-lawak yang santai, padat dan mudah diterima oleh penonton MLM2016.

Walauapapun, semoga terhibur dengan hidangan lawak dalam MLM2016. Mungkin anda sekadar ketawa, mungkin mereka sekadar berlawak...tetapi ambillah sesuatu yang positif di dalamnya.

#selamat menonton MLM2016  

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.