Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Mendiamkan Diri Bukanlah Jalan Penyelesaian Sesuatu Masalah

Mendiamkan Diri Bukanlah Jalan Penyelesaian Sesuatu Masalah. Benar, kan? Jika anda menghadapi masalah seharusnya ia boleh dikongsikan dengan orang yang boleh dipercayai untuk anda dapat menyelesaikan sesuatu masalah tersebut. Jika anda hanya berdiam diri, orang akan menyangka anda terlalu pasrah. Orang akan menyangka anda terlalu rapuh. Berdiam diri itu umpama anda seorang yang putus asa!

Jangan sesekali bersikap putus asa dalam menghadapi masalah.

Mendiamkan Diri Bukanlah Jalan Penyelesaian Sesuatu Masalah  


Berdiam diri tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Malah ianya akan menjadikan masalah itu menjadi bertambah teruk lagi.

Mendiamkan Diri Bukanlah Jalan Penyelesaian Sesuatu Masalah


Contohnya dalam masalah rumahtangga. Setiap pasangan yang berkahwin pasti menghadapi masalah samada masalah kewangan, perasaan, masalah peribadi dengan keluarga dan sebagainya. Jadi, bagaimana anda mahu menyelesaikan masalah yang ada itu? Takkan hanya dengan mendiamkan diri sahaja? Atau menjauhi pasangan masing-masing dan berharap agar waktu boleh mengubah takdir tersebut? Itu silap sebenarnya. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

Dalam sesebuah rumahtangga, mendiamkan diri apabila menghadapi masalah, ianya boleh diibaratkan seperti kanser. Makin dibiarkan, makin melarat jadinya. Jika tidak dirawat dengan cepat, mungkin boleh menyebabkan kematian. Na'auzubillah..

Jadi apa perlu kita buat?? 

Berceritalah. Kongsikan masalah anda dengan orang yang layak, benar-benar layak untuk mendengar dan seterusnya menyelesaikan masalah anda. Jangan luahkan masalah anda dengan orang yang tidak amanah. Nanti masalah anda menjadi runcing dan disebarkan merata tempat. Itu bahaya.

Setiap masalah yang berlaku dalam berpasangan perlu diselesaikan dengan segera. Masing-masing perlu duduk berbincang dan meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Apa yang kita tidak puas hati, luahkan kepadanya. Beritahu kepada pasangan kita.

Jika ada perkara yang kita tidak suka tentang pasangan kita, beritahu kepadanya. Mungkin si dia sukar untuk menerima pada awalnya, tetapi sekurang-kurangnya si dia tahu apa yang kita suka dan tidak suka. Sekurang-kurangnya si dia tahu tentang perasaan hati kita. Dan kita juga perlulah bersedia menerima sebarang kritikan atau komen yang pasangan kita berikan. Buangkan sikap ego dan sikap “aku saja yang betul” dalam diri kita. Terima setiap apa yang dikatakan oleh pasangan kita dengan hati terbuka.

Siapakah orang yang paling layak? Saya rasa orang tua atau ibu bapa adalah orang yang baik dijadikan tempat mengadu selain Allah SWT. Orang tua lebih memahami perasaan dan masalah kita. Insyaa Allah setiap masalah ada jalan penyelesaian. 

Begitulah juga dengan percintaan. Jika kita mendiamkan diri dan mengharapkan masalah itu selesai dengan sendirinya, memang tidak akan jadi apa-apa. Malah ianya mungkin membuatkan perhubungan yang dibina selama ini terhenti begitu sahaja.

Ianya adalah untuk kebaikan kita juga dan perhubungan yang dibina ini. Masing-masing inginkan hidup yang bahagia bersama insan yang tersayang. Tetapi jika kita sendiri pun tidak mahu bertolak ansur dan masih menerapkan sikap pentingkan diri, memang tidak akan ke mana-mana perhubungan itu.

Oleh itu, hadapilah masalah yang berlaku dalam perhubungan bersama-sama. Jangan gunakan sikap mendiamkan diri sebagai jalan penyelesaian kerana ia tidak akan menyelesaikan apa-apa pun. Bertindak sekarang, sebelum terlambat. Call pasangan anda sekarang dan bawalah berbincang. Semoga masalah yang hadapi samada dalam rumahtangga ataupun percintaan, dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Secara keseluruhannya, mendiamkan diri bukanlah jalan penyelesaian sesuatu masalah. Bincang, kongsikan dan cari jalan penyelesaian terbaik untuk setiap masalah yang dihadapi. Selain usaha dan ikhtiar sebagai manusia, jangan lupa juga bahawa Allah selalu ada. Dia mendengar segala keluh kesah kita. Bersabarlah. Lambat laun pahit kan manis akhirnya...

#sebarkan bahagia... 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close