Sesuatu Harus Kekal Sebagai Rahsia

aynora nur | 23 February, 2016,1:55 PM |
Advertisement
Sesuatu Harus Kekal Sebagai Rahsia. Ada banyak benda yang kita tidak boleh ceritakan semuanya dalam hidup ini. Ada sesuatu yang harus kekal rahsia dan tersimpan rapi dalam memori diri sendiri. Tidak semua perkara kita boleh ceritakan kepada seseorang waima kepada pasangan hidup kita sendiri.

Biasanya bila kisah lama diceritakan semula, ia boleh mengundang prasangka dan sakit hati sendiri, termasuklah pasangan kita, jika ada. Jika tidak, kita sendiri berprasangka kepada Allah mengapakah Si polan atau sidia tidak menjadi jodohmu pada ketika itu.

Sesuatu Harus Kekal Sebagai Rahsia

Ingatlah...kamu mungkin menyangka sesuatu itu baik bagimu tetapi Allah lebih tahu adakah ia sesuai untukmu. Didatangkan halangan dalam sesuatu kejadian adalah sebagai peringatan daripada Allah supaya kita sedar, terjaga! Berhentilah bermimpi tentang perkara lampau yang sudah menjadi sejarah.


Sesuatu Harus Kekal Sebagai Rahsia


Sesuatu harus kekal sebagai rahsia. Mengapa saya berkata begitu? Kerana ada benda atau perkara yang harus kekal rahsia sehingga kita mati. Tetapi apakah perkara yang kita tidak boleh ceritakan kepada seseorang, rakan rapat atau pun pasangan kita?

1. Aib diri kita

2. Aib pasangan, saudara mara, sahabat-sahabat kita

3. Tentang sejarah perasaan kita pada masa lalu terhadap bekas kekasih yang masih kita sayang sehingga kini. Walau tinggal kenangan perasaan sayang tersebut tidak mampu dipadamkan. Kerana urusan hati adalah kerja Allah. Biarlah ia kekal rahsia antara kita dengan Allah

4. Simpan rahsia hati anda untuk diri sendiri. Ditakdirkan anda jatuh cinta sekali lagi setelah memiliki pasangan, sebaiknya biarlah ia menjadi rahsia. Jangan beritahu perasaan anda kepada orang lain kerana ia akan menjadi barah dalam sesuatu hubungan. Jangan berterus terang dengan orang yang anda sukai kini kerana itu boleh memecahbelahkan hubungan anda yang sedia ada.

Jika perkara-perkara di atas diceritakan kepada seseorang, belum tentu mereka dapat menerima keburukan masa lalu kita. Tutuplah keburukan-keburukan mu hanya untuk dirimu sendiri, tinggallah ia sebagai memori silam yang cuba kita lupakan.

Seharusnya kita lebih matang dalam menangani masalah sendiri dan sebaiknya hindari sesuatu perbuatan yang boleh mendatangkan musibah di kemudian hari. Berfikir bijak sebelum melakukan sesuatu terutamanya bila ia membabitkan soal perasaan dan hati.

#sebarkan bahagia, kerana bahagia itu milik semua.

Tag : Luahan
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
2 Komen untuk "Sesuatu Harus Kekal Sebagai Rahsia"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top