Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al Fattaah

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Fattaah - Al Fattaah bermaksud Dzat yang Maha Pembuka dan mencurahkan rahmatNya kepada semua makhlukNya.

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan.

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.


Cara-Cara berdoa dengan al asmaul husnaa | Al Fattaah


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Muhaimin


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Yaa Fattaahu = 71 Kali   


Ertinya : Dialah Yang Maha Pembuka Pintu Rahmat

Sehabis solat subuh. Bacalah 71 kali Yaa Fattaahu. Insyaa Allah, hati kita akan dibuka oleh Allah sehingga mudah menerima nasihat agama.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Muhaimin


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.