Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Amaran | Sebab-Sebab Payudara Kendur!

Kali ini saya bawakan perkongsian artikel yang sangat menarik untuk wanita di luar sana. Semoga ianya menjadi inspirasi kepada wanita untuk lebih menjaga penampilan dan kesihatan diri untuk manfaat sendiri dan juga famili tersayang.

Payudara wanita merupakan tisu yang membentuk organ tubuh pada bahagian atas dada. Apabila seseorang wanita mencapai usia tertentu, payudara akan mula mengendur. Ini kerana perubahan hormon wanita yang mempengaruhi kelenjar susu.

Kelenjar susu akan mengecil, mengakibatkan ruang kosong dalam payudara. Kekenduran juga berlaku akibat perubahan tubuh yang drastik, sehingga lemak dalam payudara berkurang. Hormon mempengaruhi seluruh sistem termasuk payudara. 



Amaran | Sebab-Sebab Payudara Kendur!


Antara sebab berlakunya masalah payudara kendur ini:

1. Penuaan dan Menopaus
Faktor usia merupakan salah satu penyebab payudara seseorang itu kendur, geleber serta jatuh. Ini kerana apabila usia seseorang semakin meningkat, ketahanan tubuh juga akan mula menurun akibat daripada masalah-masalah kesihatan yang berlaku. Payudara akan mula mengendur di sebabkan hormon wanita sudah terganggu, dan kelenjar susu juga semakin berkurang dan menyebabkan payudara menjadi semakin mengecut.

2. Merokok dan alkohol
Merokok dan alkohol selalunya amat sinonim dengan kaum lelaki. Tetapi ia juga berlaku dalam kalangan wanita. Pengambilan minuman beralkohol dalam kalangan wanita telah mengganggu sistem hormon dalam badan. Hormon dalam badan diibaratkan sebagai tumbuh-tumbuhan dan apabila pengambilan alkohol dan rokok berterusan, ia bagaikan menyembur racun pada tumbuhan tersebut sekali gus memusnahkan aktiviti hormon.

3. Pemakanan yang tidak seimbang
Pengambilan makanan yang tidak seimbang juga antara punca terjadinya masalah payudara menjadi kecut dan kendur. Makanan hendaklah sentiasa mengandungi zat-zat yang seimbang untuk mengekalkan fungsi sistem badan berjalan dengan lancar.

4. Bersalin dan penyusuan badan
Wanita berpantang selalu mengalami kekenduran dan kejatuhan payudara selepas pantang. Ini terjadi akibat pengurangan susu yang terhasil dari kelenjar. Ini menyebabkan payudara mereka menjadi susut dan kosong.

5. Pemakaian bra yang salah
Pemilihan bra yang salah juga boleh menyebabkan berlakunya masalah pada payudara anda. Pemilihan bra yang betul penting kerana ia membantu menyokong payudara wanita. Pilihan bra mestilah mengikut saiz yang sesuai.

**Sumber bacaan & perkongsian daripada Mingguan Wanita

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close