Hikmah & Kelebihan Membaca Surah Yasin Selepas Solat Fardhu

aynora nur | 20 April, 2016,12:37 PM |
Advertisement
Kelebihan Membaca Surah Yasin Selepas Solat Fardhu. Sudah lama sebenarnya saya mengamalkan membaca surah yaasin selepas solat Fardhu. Saya membacanya kerana ustaz ada pesan bahawa surah yaasin boleh membantu hilangkan haus ketika di padang Mahsyar nanti. Selain daripada itu, saya berasa tenang bila lepas baca surah yaasin.

Namun bila saya Google tentang kelebihan membaca surah yaasin, ada banyak hikmah dan kelebihan yang boleh diperolehi daripada membaca surah yaasin tersebut. Alhamdulillah, Subhanallah...insyaa Allah bertambah ilmu kita lagi.

Perkongsian di bawah saya ambil dari BLOG INI dan semoga ianya memberikan banyak manfaat kepada kita semua.

Semoga kita mampu menjadikan Bacaan Yasin ini satu amalan harian yang mana ianya menjadi permulaan sesuatu hari itu dan semoga diberi keselamatan disamping memohon keberkatan dan rahmat dari Allah S.W.T...

Sesuatu yang hebat daripada surah yaasin, antaranya adalah pada ayat 82, di mana Allah mengingatkan, tentang KUN FAYAKUN...TIDAKKAH KITA GERUN MENDENGARNYA??



Hikmah & Kelebihan Membaca Surah Yasin


RASULULLAH s. a. w telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan”, iaitu

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin ,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi,
"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya:
"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

15. Sesiapa yang membacanya pada waktu malam, nescaya dia akan diberi kemudahan pada malam itu. sesiapa yang membacanya pada siang hari, nescaya dia akan diberi kemudahan pada hari itu. sesungguhnya Al-Quran diangkat daripada penghuni syurga, lalu mereka tidak membacanya sedikitpun melainkan Surah Taha dan Surah Yasin.

16. Sesiapa yang memasuki perkuburan (orang Islam), lalu membaca surah yasin, nescaya Allah akan meringankan azab daripada penghuni kubur pada hari itu dan pembacanya pula akan memperolehi kebaikan sebanyak bilangan hurufnya.

17. Barangsiapa membaca Surah Yasin setiap malam lalu ia meninggal dunia, maka ia mati syahid.

18. Barangsiapa membaca Surah Yasin diwaktu pagi maka ia akan berada dalam kegenbiraan hingga petang dan siapa membacanya diwaktu petang maka dia selalu dalam kegembiraan hingga pagi hari beikutnya.

19. Barangsiapa membaca Surah Yasin pada malam hari maka di pagi hari ia terampun dosanya.

Sebenarnya, saya ingin berkongsi sedikit kelebihan ayat Surah Yassin. Ini boleh didapati daripada Ustazah Fatimah Az-zahra, dalam satu CDnya. Surah Yassin ini sungguh hebat. Allah turunkan buat kita amalkan. Satu ayat yang boleh dikatakan powerful,


INN-NAMAAA AMRUHUUU I-ZAAA A-RAADA SYAI-AN AY-YAQUU 
LALAHUU KUNN FAYAKUUN.

Maksudnya: 
Sesungguhnya keadaan-NYA apabila DIA menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : “JADILAH !” maka terjadilah ia.

Pesanan ustazah, amalkan bangun tengah malam, ambil air, baca ayat di atas ini 100 kali dengan al-fatihah dan ayat kursi. InsyaAllah dimakbulkan doa. Cuba lah…

Semoga perkongsian indah di atas dapat memberikan kita tambahan ilmu yang bermanfaat, insyaa Allah.

#sebarkan bahagia
Tag : Tazkirah
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Hikmah & Kelebihan Membaca Surah Yasin Selepas Solat Fardhu"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top