Enter your keyword

26 April, 2016

Terima Bayaran Google Adsense Kali Ke 4

Terima Bayaran Google Adsense Kali Ke 4. Siapa kata main-main buat blog tak boleh jana income. Memanglah ia agak pasif, tetapi tak lah makan dua tiga bulan baru dapat payment, paling pasif pun anggaran 45 hari dah boleh cash out income tersebut, itu pun kalau cecah angka USD100 dan lebih la...bersabar sedikit pasti ada imbuhannya.

Terima Bayaran Google Adsense Kali Ke 4


Last saya update tentang terima payment daripada Google untuk income Adsense adalah pada 25/2/2016 yang lepas. Alhamdulillah...kali ini hasilnya meningkat lagi.


Rujuk pada print screen di atas, Google telah bayar saya RM608.60 untuk tempoh lebih kurang Feb - Mac. Walau nampak belum mampu cecah 4 angka, kita harus bersyukur. Dengan keadaan ekonomi kita dan diri sendiri yang agak 'melecet'...paling tidak jumlah income pasif dari Adsense tersebut dapat meringankan beban kehidupan saya...

Apa boleh saya buat dengan RM608.60 tersebut? Dalam fikiran saya, ada beberapa perkara yang saya nak settle dengan duit income Adsense itu. Antaranya:

1. Bayar bil celcom - RM87.00
2. Bayar insurans Takaful - RM215.00
3. Beli buku/ novel - RM115.00

Hah! Nampak tak? Kita boleh buat benda-benda yang kita suka dengan income part time tersebut tanpa perlu usik duit gaji kita...hihi

Semoga anda yang membaca coretan saya di atas dapat mengambil manfaat daripadanya, iaitu jangan berputus asa jika apa yang anda kerjakan hari ini belum menampakkan hasil.

Rezeki Allah tak pernah salah alamat, lambat laun akan sampai pada tuannya yang tepat...

#rezeki Google Adsense  

2 comments:

  1. Tak dapat daftar katanya blog tak menepati piawaian. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tunggu hingga boleh ikuti standard dia orang, sabar dan terus usaha..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.