Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Hadiah Untuk Sebuah Ketabahan

Hadiah Untuk Sebuah Ketabahan. Ketabahan mahal harganya. Nilai pelajaran yang diberikan memakan masa berzaman untuk dihadam dan dimengertikan. Bagaimanakah kita insan kerdil boleh melepasi ujian demi ujian untuk mengangkat nilai tabah itu begitu berharga. Jika tiada ketabahan berserta sabar, sudah lama sesuatu itu tumbang separuh jalan.

Hadiahilah sebuah senyum untuk ketabahan kamu. Helaan nafas lega dan segar. Pandanglah sesuatu dengan tenang. Lambaikan perpisahan pada kedukaan. Biarkan dia di belakang. Bawalah tabahmu itu terus melangkah ke hadapan, memandang masa depan penuh yakin.


Hadiah Untuk Sebuah Ketabahan


Melalui perjalanan hidup yang bukan sekali dua tersungkur. tersadung, terjatuh dan bangun semula adalah tempoh ujian yang tak terjangkau oleh masa lalu kita. Manalah tahu jika pada ketika itu kita harus terluka tetapi bila ditoleh kenangan silam, banyaknya ranjau yang berjaya dilepasi. Alhamdulillah.


Sebuah ketabahan. Di sertai dengan sabar yang dalam. Masa yang tidak kembali. Yang telah lepas tidak dapat diulang ulang. Masa yang kita hilang itu akan hilang selama-lamanya. Tinggal ia sebagai memori.


Hadiah sebuah ketabahan adalah bahagia hingga ke akhirnya. Kerana bahagia pada akhir perjalanan merupakan hadiah tidak ternilai yang ingin dikecapi oleh setiap insan. Itulah doa tulus yang dilayarkan kepada sang pencipta bahagia iaitu Allah SWT jua..

Justeru, tabahlah duhai jiwa yang resah kerana giliran bahagiamu pasti datang jua, cuma menanti masa. Setiap insan berhak untuk mengecap bahagia.

Bahagia adalah hadiah terindah daripada peritnya sebuah ketabahan.

Sebarkan bahagia.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close