Header Ads

Ilmu Dan Lidah Yang Banyak Bertanya


Advertisement
Kata bijak pandai ilmu itu pelita hidup. Jika tanpa ilmu samada dunia punya ataupun akhirat juga, kita bukanlah orang yang bijak. Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China! Lihatlah betapa pentingnya ilmu hinggakan kita digalakkan mencari dan menggali hingga ke hujung dunia. Pada zaman ni, menuntut ilmu menjadi semakin mudah dengan adanya teknologi internet.

Tetapi perlu diingat ya, jika anda mengambil maklumat daripada internet mestilah dengan rujukan yang boleh dipercayai terutamanya bila memperkatakan soal hadis dan petikan al Quran.


Ilmu Dan Lidah Yang Banyak Bertanya


Abdullah ibnu Abbas berkata;
Ilmu itu dimiliki dengan LIDAH yang banyak bertanya dan AKAL yang gemar berfikir.


Menimba ilmu bukan sekadar pakai ikut membuta tuli tanpa kita sendiri tahu dimana sumber dan kesahihan sesuatu ilmu yang dipelajari. Bertanyalah jika kamu musykil. Dapatkan kepastian tentang ilmu ilmu yang diperolehi hingga kamu boleh menerangkan kepada orang lain dan memanjangkan pengetahuan tersebut.

Ilmu yang diperolehi pula jangan lokek utk disampaikan kepada orang lain kerana kita tidak tahu manakah ilmu yang disampaikan mempunyai manfaat yang banyak kepada yang memerlukannya.

#sebarkan bahagia
Advertisement

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.