Sabar Dan Senyum

loading...
Waktu paling sukar dalam kehidupan seseorang adalah apabila diuji. Banyak bentuk ujian yang ALLAH berikan, dan anda boleh fikir dan klasifikasikan setiap ujian untuk difahami. Kenapa perlunya ujian dalam kehidupan? Supaya...kita berbeza daripada orang lain. Setiap orang yang diuji, Allah memerlukan tindakbalas dari orang itu, samada mereka sabar dan terus tersenyum ataupun mengeluh dengan menyalahkan takdir.

Begitulah nilai manusia berbeza-beza diukur dengan sabar dan taqwanya kepada Allah SWT. Sesuatu yang bernilai sentiasa mendapat perhatian Allah, dan dengan datangnya ujian, Allah sedang menggilap kita menjadi permata. Insyaa Allah...

Sabar Dan Senyum 


Tidak terhitung nikmat yang perlu disyukuri, mengapa ujian yang satu itu perlu ditangisi? Senyumlah...


Jika hadir seseorang yang menghadiahkan air mata, itu bermakna Allah sedang mendidik awak dengan sifat SABAR. Jika hati awak disakiti oleh sesiapa, maka DIA sedang mengajar awak erti REDHA.

 

Semoga setiap ujian mendidik kita untuk lebih sabar dan terus tersenyum. 

Tersenyum dalam keadaan yang teramat perit namun bila hati ingat padaNya, kita menjadi redha. 

#sabar dan senyumlah

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.