Berhati-hatilah Dengan Siapa Kita Berkongsi Cerita

Salam sejahtera. Salam ramadhan al Mubarak. Alhamdulillah kerana kita masih dipilih oleh Allah untuk terus berkhidmat kepadaNya. Kerana tugas seorang hamba hanyalah melakukan apa saja tugasan yang di suruh oleh majikannnya. Jadi, majikan kita yang sebenar di muka bumi ini hanyalah Allah SWT. Tiada yang lain.

Maka dengan itu, dahulukan majikanmu iaitu Allah sebelum kamu melakukan sesuatu urusan. Lakukan mengikut arahanNya. Insyaa Allah, urusanmu berjaya dengan cemerlang dan diredhai.

So, terlanjur bercakap soal urusan, saya nak kongsi pandangan tentang urusan-urusan kita di dunia dengan hamba Allah yang lain. Dalam banyak-banyak urusan, kita sering berkongsi cerita suka dan duka dengan hamba Allah yang berkenaan.


Apakah kita berasa selamat bercerita dan berkongsi cerita dengan semua orang?


Berhati-hatilah Dengan Siapa Kita Berkongsi Cerita



Berkenaan tajuk post di atas, ada beberapa sebab mengapa kita harus berhati-hati dalam berkongsi cerita terutamanya jika ia berkaitan aib sendiri.

Sebab-sebab mengapa kita harus berhati-hati:

1. Kita tidak tahu hati manusia. Hanya Allah Maha Mengetahui.

2. Orang tersebut mungkin musuh dalam selimut.

3. Kita bersangka baik berkongsi cerita untuk kebaikan tetapi mungkin orang lain menganggapnya berbeza. Ya, berbeza pandangan dan prinsip, mungkin...

4. Rakan tersebut memang suka bergosip, jika kebaikan tak mengapa. Tetapi bila berkongsi cerita aib, amat berbahaya!!

5. Musuh agama kita yang suka lihat kita hancur. Ini sangat bahaya. Jangan jadikan orang kafir sebagai tempat anda berkongsi cerita sulit terutamanya tentang strategi orang muslim meningkatkan taraf hidup. Ini memang sudah terbukti orang kafir suka melihat kejatuhan muslim di seluruh dunia.

Ingat tak Allah berfirman dalam surah al-Kafiruun, "bagimu agamamu. Dan bagiku agamaku."

Berhati-hatilah dengan orang-orang kafir.

6. Jangan berkongsi cerita dengan orang2 munafik.

Ada banyak lagi sebab musabab kita harus berhati-hati dalam berkongsi cerita. Sekiranya anda sekadar berkongsi tentang polisi dan prinsip biasa bidang pekerjaan, itu tidak mengapa kerana secara umum konsep dan asas dalam perniagaan adalah sama. Tetapi bila tiba bab strategi, untung rugi dan hal yang lebih teknikal, berhati-hatilah. Pilih orang yang betul dan tepat.

Apatah lagi jika anda berkongsi tentang masalah peribadi, hal rumahtangga dan masalah keluarga, pilihlah orang yang layak dan memang terbukti pandai menyimpan rahsia. Lihat rakan sekelilingnya dan dengan siapa dia bergaul. Lihat juga perkataan-perkataan yang lahir dari mulutnya.

Semoga secebis perkongsian di atas dapat memberikan manfaat kepada anda di luar sana supaya tidak terus di aniayai oleh orang yang ingin melihat kita rebah tersungkur.

Dan, ingin saya ulangi dan tegaskan...sebaik-baik tempat mengadu dan anda berserah hanyalah Allah SWT.

#sebarkan bahagia

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.