Doa Mohon Kekayaan Dunia Dan Akhirat

loading...
Doa Adalah senjata orang mukmin. Doa adalah inti ibadah. Berdoa dengan ikhlas dan rendah hati kepada Allah agar permohonan kita itu diterima. Mohon agar Allah memberikan takdir yang baik-baik. 

Berdoalah ketika kita susah atau senang, ketika sedih dan gembira dan walau di mana kita berada. Doa tidak memerlukan tempat yang khusus, berdoalah ketika kamu terdetik untuk meminta dan mengharapkan sesuatu. Contohnya, jika nak mulakan langkah pun, berdoalah mintak Allah permudahkan. Ingat Allah dulu dalam apa jua perkara... :))   

Doa Mohon Kekayaan Dunia Dan Akhirat


Doa Mohon Kekayaan Dunia Dan Akhirat



Bismillahirahmanirahim...

ya allah ya rahman ya rahim ya razzak ya mutakabbir

allahumasollialaa muhammad wa'alaalimuhammad

Aku memohon keampunan dari mu ya allah di atas dosa dosa yg telah aku lakukan dengan sedar, tanpa sedar..

Aku mohon agar terima ibadahku sepanjang hidupku, jadikan aku muslim sejati, beriman,taqwa serta taat pada perintahmu

Aku mohon agar engkau jauhkan aku dari sifat-sifat jahil, sombong, takbur, riak, bermegah megah dalam perbuatan ibadat serta kebajikan..jadikan aku seorang yang baik, cerdik & hebat di dunia akhirat
Berikanlah aku peluang-peluang kejayaan dunia serta akhirat setiap ketika & masa agar duniawi ini dapat aku berikan agihan kekayaan kepada asnaf / fakir dan tidak putus putus kekayaan kurniaan dari mu ya allah

Jauhkanlah aku sama sekali kepapaan, kemiskinan, meminta minta sesama makhluk..berikanlah aku rezeki kewangan, harta duniawi yang melimpah limpah, kesihatan, panjang umur, bersahabat dengan orang-orang alim, ikhlas & mencintai mu ya allah & para rasul/nabi

Kurniakan darjat yang tinggi kepada orang yang telah mencetuskan & menyebarkan doa ini..berikan dia kekayaan duniawi untuk kemudahanya beribadat serta berikan keluarganya bahagia yang tertinggi...murahkan rezeki mereka, panjangkan usia serta selamat dari segala marabahaya, anak-anak isterinya menjadi orang-orang baik, pandai hebat etika serta budi bahasa santunan soleh solehah nilai tertinggi ...kurniakan dia syurga firdaus, dapat melihat Allah dijannah...

Ya allah..terimalah doaku ini dengan sebenar benar penerimaan & kemakbulan serta jadikanlah ia doa yang diangkat segera & hanya engkau sahaja Tuhan yang kami sembah, kami taat, kami mohon dari dunia sampai akhirat...

amiiinn amiinn amiinn

ya allah ya rahman ya rahim...

insyaallah...✅

#sumber: Group WhatsApp

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.