Pentingkah Amanah Dalam Kehidupan?

aynora nur | 06 June, 2016,9:39 AM |
Advertisement
Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah. Ingatkah anda semua dengan 4 sifat wajib bagi 25 orang rasul yang terpilih daripada senarai nabi yang banyak itu? Tentu anda dah ingat...kerana apabila kita belajar ilmu tauhid, itulah antara asas yang ditanamkan dalam minda kita tentang sifat-sifat rasul.

Dalam post simple kali ini, saya nak share tentang sifat amanah. Ya...perlukah amanah dalam zaman ini?

Kerana seringkali kita disogokkan dengan cerita sana sini orang pecah amanah dengan songlap duit orang lain cecah jutaan ringgit.


Pentingkah Amanah Dalam Kehidupan?



Bagi saya mudah saja, jika sifat itu baik dan memberi manfaat yang luas, mengapa tidak kita amalkannya? Setuju?

Pentingkah Amanah Dalam Kehidupan?

Baiklah.

Kita bincang sikit tentang amanah. Apakah makna amanah? Dari segi bahasa, amanah berasal dari perkataan Arab, bermaksud tenteram, aman, terselamat dan harmonis.

Dari segi nilai dan akhlak, amanah bermaksud menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Dengan kata lain, amanah ialah tanggungjawab yang diterima seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab ini dilaksanakan dengan sempurna, ia merasa tenteram, aman, terselamat dan harmonis (Mohd Nakhaie Hj. Ahmad 1996:2).

Secara ringkas, amanah adalah melaksanakan tanggungjawab dengan benar.

Firman Allah dalam surah an Nisa' ayat 58;
Tuhan memeintahkan kepada kamu untuk menunaikan amanah kepada ahlinya (yang berhak mempunyainya).

Hendaklah orang yang menerima sesuatu kepercayaan menunaikan amanah - surah al Baqarah ayat 283
Sesungguhnya akan memperoleh kemenangan orang-orang yang memelihara amanah dan orang yang menjaga (menepati) janji. - surah al Mukminin ayat 8

Sabda Rasulullah SAW:

1. Amanah itu kekayaan
2. Amanah itu mendatangkan rezeki sedang khianat itu membawa kepapaan.
3. Tiada beriman bagi seseorang yang tidak mempunyai amanah.

Dari keterangan di atas, ternyata amanah itu masih releven dan penting dalam kehidupan hari ini.

Amanah adalah satu daripada ciri ciri orang yang beriman. Beberapa sifat akhlak yang terpuji seperti menepati janji, berkata benar, berlaku adil dan bertanggungjawab adalah lahir dari sifat amanah itu.

Semoga bermanfaat.

#sebarkan bahagia

Tag : Renungan
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Pentingkah Amanah Dalam Kehidupan?"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top