Beli Beg Tangan Baru Hasil Berblog

loading...
Saya amat berpuas hati dengan hasil dari berblog yang boleh menjana income sampingan. Dengan income part time tu, saya boleh beli macam-macam yang tidak menganggu income full time saya. Duit extra tersebut telah saya gunakan untuk bayar bill, beli pakaian online, beli beg tangan, kumpul jam tangan, kasut dan sebagainya.

Kalau duit income full time kerja, saya gunakan untuk bayar duit kereta, rumah, insurans, selesaikan kad-kad kredit dan banyak lagi.


Beli Beg Tangan Baru Hasil Berblog


Nak beli beg tangan biar praktikal. Macam beg carlo rino yang saya beli ni, ianya sangat simple. Saya boleh campak-campak aje barang dalam tu, seperti dompet, handphone, diari dan lain-lain. Perempuan la katakan...hihi...

Lagi pula, saya bukanlah wanita yang lemah lembut gitu...semuanya nak cepat. Haha...

Beg tangan Carlo Rino ni saya beli ketika ada jualan promosi 20%. Harga asal RM368.00 sahaja, bila dapat diskaun jadi murah sikit. Hasil duit berblog dapat juga lekatkan kat handbag...kira berbaloi jugaklah usaha dan minat berblog ni sejak 5 tahun lepas...

Abaikan meja kerja saya yang bersepah...

Lambang love...tanda saya cintakan blog kecil saya ini...

CARLO RINO antara jenama beg tangan yang saya suka. Nak beli LV belum terdaya lagi, nanti kalau saya sudah jadi jutawan dengan hasil berblog..mungkin saya boleh pertimbangkan untuk beli 1 beg LV...

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.