Petua Atasi Masalah Nasi Hangit

Tudung kanak-kanak
Petua Atasi Nasi Hangit - Anda sedang memasak nasi? Kemudian ada gangguan telefon berbunyi. Seketika anda terlupa yang anda ada memasak nasi atas dapur. Alamak! Terhangit pulak? Jangan risau, meh cuba petua berguna yang saya kongsikan di bawah untuk hilangkan bau hangit pada nasi.

Nasi yang hangit bukanlah tak boleh diperbaiki. Ada banyak cari boleh dilakukan, antaranya emak saya pesan belahkan kentang dan masukkan ke dalam nasi yang hangit tu. Insyaa Allah, bau hangit itu diserap oleh kentang tersebut.   


Petua Atasi Masalah Nasi Hangit


Petua Atasi Masalah Nasi Hangit


Nasi hangit sebab terlebih masa memasaknya pasti meninggalkan bau yang kurang enak. Namun kalau nasi yang kita tanak tu hangit, janganlah dibuang. Cuba amalkan antara 3 petua berikut: 

1) Basuh cili kering dalam dua tiga tangkai, masukkan terus ke dalam nasi tersebut, jangan di potong. Biarkan seketika, Insya Allah nasi dah tak berbau. 

2) Kalau bau hangitnya tidak terlalu kuat, letakkan garam di atas tudung periuk dan Insya Allah, tak ada bau hangit tersebut.

3) Kalau di rumah tu ada daun pisang, letakkannya menutupi permukaan atas nasi, biarkan sejenak. 

Insya Allah dengan petua yang diberikan, bau hangit nasi akan hilang.

Selamat mencuba petua yang diberikan. 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.