Sinopsis Drama Suamiku Si Kolot Di Astro Ria & Astro HD

aynora nur | 29 August, 2016,10:06 AM |
Advertisement
Sinopsis Drama Suamiku Si Kolot Di Astro Ria & Astro HD | Sudah agak lama saya tidak kongsikan tentang drama melayu yang sedang bersiaran, atau sedang top dan trending kerana waktu amat cemburukan saya untuk menghadap TV pada waktu tertentu. Namun, pada satu hari minggu saya tertengok drama Suamiku Si Kolot. Drama melayu ini disiarkan di saluran Astro Ria & Astro HD. Macam best je, macam kelakar pulak...saya dapat tengok siaran ulangan setiap hari Ahad. Kalau hari bekerja memang tak sempat nak melayan, lagipun siaran nya dah agak lewat jugak..

Suamiku Si Kolot adalah drama adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama. Ia adalah karya penulis meningkat naik, Fazlyn Ridz.

Sedikit info:

Tajuk: Si Kolot Suamiku
Channel : Astro Ria & Ria HD
Mula Tayangan : 15 Ogos 2016
Masa: [Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm]
Jumlah Episode : 20

Sinopsis Drama Suamiku Si Kolot Di Astro 


Drama Suamiku Si Kolot dilakonkan oleh Amar Bahrain, Siti Elizad, Faizal Hussien, Kuza, Atikah Suhaime, Waris dan ramai lagi.

Waktu tayangan pada hari Isnin hingga Khamis dari pukul 10mlm hingga 11mlm.

Sinopsis Drama Suamiku Si Kolot Di Astro Ria & Astro HD

BLURB :-
(seperti belakang buku)


“Nama kau Kudin ya?”

“Apasal kau gelak?”

“Kudin nama kau? Memang sesuai sangat dengan kau. Nama kau sama buruk dengan baju kau!”

Si Edrina ini memang berlagak orangnya. Sudahlah berlagak, cerewet pula itu! Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Lelaki bernama Kudin itu pula berbeza sikapnya. Dia sekadar lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya. Tidak sesuai!

Kata orang ikan di laut, asam di darat akhirnya di kuali bersatu juga. Begitu jugalah dengan mereka. Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

Sebelum nak tengok sinopsis drama Suamiku Si Kolot, apa kata kita baca ringkasan biodata pelakon utamanya iaitu Amar Bahrain & Siti Elizad.

Biodata Ringkas Amar Bahrain:


Nama Penuh: Amar Bin Mohd Baharin
Nama Komersial: Amar Baharin
Tarikh Lahir: 1 Julai 1985
Umur: 31 Tahun (2016)
Bangsa: Melayu
Asal: Kajang Selangor
Menetap: Kuala Lumpur
Pekerjaan: Pelakon dan Model
Pendidikan: Graduan jurusan kejuruteraan elektrik UITM Shah Alam

Drama/ Filem: Geng Surau musim kedua, Anak Wayang (2009), Pontianak Beraya Di Kampung Batu 2, Drama Nazihah, Laila Manja (TV3), Kau Dan Aku (Astro Ria), Shopaholic, Ketika Cinta Merintih, Mat Kental, Tanah Kubur, Mimi Mencari Cinta (Astro), Kerana Terpaksa Aku Relakan, Kristal Maya, Suamiku Encik Sotong, Cik Bunga Encik Sombong, Tersuka Tanpa Sengaja, Akadku Yang Terakhir

Biodata Ringkas Siti Elizad Shariffudin: 


Nama penuh: Siti Elizad Mohd Sharifudin
Nama panggilan: Ejad
tarikh lahir: 25 Mei 1984
Asal: Kuala Lumpur
Status: Bujang
Kerjaya: Pelakon, pengacara dan model
Keluarga: Anak keempat daripada lima adik-beradik

Filem: Coverina, Harmonika, Berlari Ke Langit, Gangster, Main-Main Cinta, Rock, Bilut, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Cinta Yang Satu

Drama/telefilem: Teman Lelaki Upahan,Jiwa, Cinta Antara Kita, Jamilah I Love You, Adnan Sempit The Series, Bersalji Di Kuala Lumpur,Korban Kasih,Iman Nabila

Trivia
Pelakon Siti Elizad sedang menghitung hari bahagia untuk disatukan dengan Shamsul Baharin Rahman, 43. Lelaki berstatus duda dua anak itu bertugas di sebuah syarikat permotoran terkenal.

Watak Pelakon 

Amar Baharin sebagai Kudin
Siti Elizad sebagai Tengku Edrina
Faizal Hussein sebagai Tengku Ehsan
Kuza sebagai Toh Puan Aisyah

Sinopsis Suamiku Si Kolot


Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga dirinya membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Kudin seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.

Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata.

Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

Sumber sinopsis daripada pelbagai seperti Love Novel, LayanOn9, Myinfotaip dan banyak lagi.

Baiklah.

Sambil menonton drama Suamiku Si Kolot ni, terfikir pengajaran yang banyak yang terdapat dalam drama ini. Saya ringkaskan seperti berikut:

1. Perkahwinan antara dua latar belakang yang berbeza memang mendatangkan masalah jika tidak ditangani dengan sabar.

2. Ya, sifat sabar amat perlu bagi pasangan yang baru berkahwin demi memahami karekter pasangan masing-masing.

3. Peranan ibu bapa amat penting dalam mempertahankan hubungan anak menantu semoga ia berpanjangan. Jangan sebelahi mana-mana pihak terutamanya jika ada perselisihan faham.

4. Walau moden sekalipun kita, terutamanya wanita, mestilah kena bersedia dengan ilmu asas rumahtangga agar tidak canggung apabila telah berkahwin nanti.

5. Seorang isteri kenalah belajar menghormati suami sendiri walaupun berkahwin kerana terpaksa.

6. Seorang suami juga harus bersabar mendidik isterinya dengan lemah lembut dan meminta nasihat orang lebih berpengalaman.

Itulah sebahagian pengajaran yang sempat saya ambil daripada drama Suamiku Si Kolot.

Selamat menonton.

Tag : Drama Melayu
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Sinopsis Drama Suamiku Si Kolot Di Astro Ria & Astro HD"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top