Pasang Link Within Widget Jatuhkan Trafik Blog?

loading...
Link within widget adalah widget yang saling mengaitkan entri dalam blog yang bila di pasang ia akan menunjukkan kaitan satu label atau tags antara satu entri dengan entri yang lain. Link within boleh di pasang secara percuma, boleh di modifikasi mengikut kesesuaian blog kita dan agak menarik juga untuk di letakkan di blog.

Namun, ada orang kata widget link within melambatkan loading blog dan menjatuhkan trafik blog. Betul ke?

Saya pernah memasang widget tersebut sudah lama dulu, dan sesekali saya akan buang dan pasang semula. Ikut mood. hihi...

Pasang Link Within Widget Jatuhkan Trafik Blog? 


Baru-baru ini saya pasang balik link within widget dalam blog. Sebab apa? Sebab saya nak buat kajian adakah benar ianya melambat proses loading blog? Adakah ia jatuhkan trafik ke blog? Mari kita semak...

Kalau berdasarkan analisis blogger.com, trafik blog jatuh pada 2 & 3 september (rujuk gambarajah di bawah) ketika saya pasang link within widget tersebut. Jadi saya simpulkan bahawa bila pasang link within widget trafik blog jatuh. Lagipun link within widget kurang tepat dalam mengaitkan label entri dalam blog. Ia kadangkala tidak menunjukkan apa yang sepatutnya berlaku, agak mengecewakan jugak la...


Kemudian, saya perasan blog jadi lambat loading bila pasang link within widget. Terutamanya bila kita buka blog dengan mobile.

Lagi satu, ia tidak responsive dengan gadget yang kita guna. Contohnya jika kita buka blog secara mobile, ia tidak berubah mengikut kecil atau besar saiz gadget tersebut.

Akhirnya saya ambil keputusan untuk uninstall link within widget dan kembali kepada related post yang bersesuaian dengan blog. Lagipun kita boleh pasang matched content ads by Google Adsense, (macam yang saya guna sekarang).


Cuba lihat print screen di atas. Tidak ada satu pun referring sites datangnya daripada link within widget. Gambar di atas adalah analisis sehari daripada blogger.com.

So, itulah sebabnya saya sekarang ni dah tak guna link within widget. Mengikut analisis di atas, ternyata link within banyak kekurangannya bagi saya, tetapi saya tidak pasti apakah pula pendapat anda? Terpulanglah jika ia sesuai dengan anda.

Selamat berblog!!


No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.