Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Telur Rebus Masak Merah

Resepi Telur Rebus Masak Merah. Telur rebus masak merah ternyata menjadi kegemaran saya anak beranak, bukan saja sedap tetapi juga kerana proses penyediaanya yang amat mudah. Orang cakap tutup mata pun boleh masak...hihi

Telur rebus mengandungi banyak proten dan sesuai untuk tumbesaran anak-anak. Namun jangan terlalu banyak makan telur rebus terutama bagi kanak-kanak. Telur rebus memiliki banyak sekali vitamin dan mineral yang penting utuk tubuh, di antaranya adalah : 
  • Protein
  • Karbohidrat
  • Omega 3
  • Berbagai macam vitamin Kompleks
  • Kolin
  • Kalsium
  • Fosfor
  • Karotenoid 
Resepi Telur Rebus Masak Merah

Gambar di ambil dari majalah rasa online. Saya suka belek-belek resepi dalam rasa online sebab kesemua resepi mudah di sediakan dan sedap sedap belaka... 


Resepi Telur Rebus Masak Merah


BAHAN-BAHAN:

4 biji telur rebus semalam
2 biji bawang merah besar | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
6 biji cili kering | dikisar
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 batang serai | diketuk
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Cara menyediakan Resepi Telur Masak Merah yang amat mudah



Resepi Telur Rebus Masak Merah

1. Buang kulit telur dan goreng sekejap hingga perang. Angkat dan ketepikan.

2. Gunakan sedikit minyak tadi dan tumis bahan kisar termasuk serai sehingga garing dan wangi.

3. Masukkan sos cili, sos tomato dan kacau sehingga naik minyak.

4. Masukkan air asam jawa dan rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

5. Masukkan telur yang digoreng tadi dan kacau sebati. 

6. Boleh dihiaskan dengan daun sup atau kacang peas dalam tin. 

Selamat mencuba.  

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close