Header Ads

Tema Maal Hijrah 2016M/ 1438H


Advertisement
Tema Maal Hijrah 2016M/ 1438H. Maal Hijrah 1438 bertemakan 'Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah'. Tema itu bertepatan dengan usaha kerajaan menyatupadukan rakyat, hidup rukun dan harmoni serta penuh muhibah yang menjadi transformasi kepada kemakmuran negara. Menurut Datuk Seri Jamil Khir, natijahnya ukhuwah Islamiah yang terbina berasaskan iman dan taqwa akan menumbuhkan rasa persaudaraan, kasih sayang dan saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira status bangsa, agama dan fahaman politik.

Tema Maal Hijrah 2016M/ 1438H 

Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan tahun 1438 H akan diadakan di Taman Ekspo Agropertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada 2 Okt depan.

Seperti tahun sebelumnya, seorang penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan akan dipilih dan bakal menerima wang tunai RM100,000, pingat dan sijil penghargaan.

Doa Akhir & Awal Tahun 


Doa Akhir Tahun

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah iaitu pada 1 Oktober 2016 (Sabtu).

Tema Maal Hijrah 2016M/ 1438H

Doa Awal Tahun

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram iaitu pada hari yang sama.

Tema Maal Hijrah 2016M/ 1438H 

Selamat Tahun Baru Hijrah kepada pembaca blog aynorablogs.com.

Semoga kita lebih bersemangat menghadapi tahun baru 1438H dan berjaya mengatasi rintangan dengan kekukuhan iman. Insyaa Allah. Ukhuwah Islamiyah Asas Penyatuan Ummah. 
Advertisement

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.