Header Ads

Jadual Peperiksaan IGCSE MRSM Seluruh Malaysia


Advertisement
Jadual Peperiksaan IGCSE MRSM Seluruh Malaysia. IGCSE adalah salah satu jenis sistem pendidikan yang ada di MRSM di seluruh Malaysia. Selain dari itu, ada juga Teknikal, Ulul Albab dan lain-lain lagi.

Apa yang dimaksudkan IGCSE? SPMRSM IGCSE atau sebelum ini dikenali sebagai Dual Program Pensijilan adalah satu sistem pendidikan MRSM yang menawarkan dua pensijilan, IGCSE dan SPM, dalam program sekolah 5 tahun. Pelajar mengkaji kedua-dua Kurikulum kebangsaan Malaysia (KBSM) dan Kurikulum Cambridge International. Integrasi ini memberi nilai tambah kepada pengalaman pembelajaran pelajar. Pelajar akan mengambil IGCSE Cambridge pada akhir Tingkatan 4 dan SPM pada akhir Tingkatan 5. Pelajar sangat digalakkan untuk belajar dan melebihi apa yang mereka perolehi dari sistem pendidikan SPM.

MRSM yang terlibat adalah Tun Abdul Razak, Pekan, Kota Putra, Baling, Batu Pahat, Alor Gajah, Kuantan, Serting, Parit, Tumpat, Johor Bahru, Tun Mustapha, Kubang Pasu, Langkawi, Kuala Kubu Baru, Kuala Klawang dan Kuching. 

Jadual Peperiksaan IGCSE MRSM Seluruh Malaysia


Bermula 17 Oktober 2016 hingga 14 November 2016 para pelajar Tingkatan 4 akan menduduki Peperiksaan IGCSE. Bersama-sama ini dilampirkan jadual peperiksaan untuk rujukan ibubapa/penjaga. Semoga para pelajar Tingkatan 4 dapat menjawab dengan tenang dan lancar.

Rujuk Jadual di bawah sebagai panduan.

Jadual Peperiksaan IGCSE MRSM Seluruh Malaysia
Jadual Peperiksaan IGCSE MRSM Seluruh Malaysia

Semoga anak-anak yang akan menduduki peperiksaan IGCSE akan diberikan kesihatan yang baik, ilham yang luas, kefahaman dalam menjawab soalan dengan jelas serta diberikan kesabaran yang tinggi.

Selamat berjaya.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.