Jangan Terlalu Membenci Sesuatu

Jangan Terlalu Membenci Sesuatu. Jangan pula pernah membenci seseorang memuncak di dalam hati kita. Hidup kita terlalu banyak bebanan dan tanggungjawab. Setiap masa kita di penuhi dosa. Usah ditambah dengan dosa benci membenci.

Marilah kita cuba kurangkan dosa kepadap manusia kerana dosa kepada Allah pun tak terpikul. Kadang-kadang kita rasa rimas dan benci bila tengah makan ada kucing tarik-tarik kain kita, minta sedikit makanan dengan mata yang sayu. Fikirlah secara positif mengapa sesuatu didatangkan kepada kita. Allah tidak akan menghantar sesuatu kepada kita tanpa sebab. Mungkin dengan sedikit makanan yang kita beri kepada kucing, dia berzikir kepada Allah untuk kebaikan kita.

Jangan Terlalu Membenci Sesuatu



“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Bila dah benci sangat pada sesuatu, mohonlah ampunan kepada Allah. Jangan benci sesuatu keterlaluan. Tetapi bencilah akan kejahatan yang dilakukan oleh seseorang, bukan membenci dirinya. Contohnya orang itu berbuat maksiat, bencilah maksiat yang dilakukannya bukan makhluk Allah itu.

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al Baqarah :286)

Adakala perbuatan kita terlalu mengikut perasaan. Ada ketika kita dihantui oleh pandangan dan tanggapan orang sekeliling. Adakah mereka yang menanggung rasa yang kita alami? Adakah mereka sanggup menggantikan kesakitan yang kita tanggung? Orang hanya boleh berkata kasihan, simpati tetapi bila diminta berkorban, mereka tidak sanggup bahkan ada sahabat yang dulunya rapat kini menjauhkan diri.

Oleh itu berpada-padalah bila membenci sesuatu. Mungkin satu masa satu ketika kamu akan menerima pertolongan daripada mereka pula. Jangan buang terus perkara yang kamu anggap ia membebankan, mungkin satu masa ada kebaikan yang tersembunyi yang Allah berikan. Allah hanya memberi pertolongan pada masa yang tepat.

Ingatlah, yang kamu benci itu mungkin yang terbaik buatmu.

Wallahua'lam.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.