Header Ads

Apa Perlu Buat Bila Dapat Mimpi Buruk?


Advertisement
Dalam hidup ini kita sering bermimpi. Ada mimpi baik dan ada juga yang dapat mimpi buruk. Dapat mimpi baik kita rasa gembira, hingga tersenyum sampai ke telinga. Bila dapat mimpi buruk, kita rasa terganggu dan perasaan jadi bercampur baur.

Apa Perlu Buat Bila Dapat Mimpi Buruk?

Apa perlu buat bila dapat mimpi buruk? Adakah menangis, murung dan tiada semangat hidup yang menimpa anda? Perlu diingat, mimpi baik itu datang dari Allah, insyaa Allah. Manakala mimpi buruk itu datang dari syaitan.

Sudah tentu ada cara dan doa yang boleh kita amalkan bila dapat mimpi buruk. Jangan bersedih ya...

Apa Perlu Buat Bila Dapat Mimpi Buruk?


Nabi Muhammad SAW mengajarkan beberapa perkara jika dapat mimpi buruk. Diriwayatkan dalam hadis Sahih Muslim dari Jabir RA, RAsulullah bersabda;,

Cara berdoa bila dapat mimpi buruk

Apabila seseorang mimpi buruk, hendaklah ia meludah ke kiri tiga kali (perbuatan macam meludah.., bukan sampai terkeluar air ludah..), kemudian hendaklah ia memohon perlindungan Allah tiga kali juga, kemudian hendaklah ia ganti posisi tidur. 

Ingat ya, mimpi buruk tidak boleh diceritakan kepada sesiapa. (Tetapi saya telah tercerita kepada encik suami..., kerana saya tidak tahu tentang larangan ini. Tak apalah..., dah lepas, kan?).

Sebaik-baiknya sebaik terbangun dari tidur selepas dapat mimpi buruk itu, teruskan dengan solat tahajjud. Mohon perlindungan dan keampunan dari Allah SWT. Tapi, kalau tersedar dah pukul 6:00 pagi, terus aje solat subuh..

Ada cara untuk menghindari dari mimpi buruk ketika tidur, ini doanya; DOA SEBELUM TIDUR   
Advertisement

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.