Enter your keyword

22 January, 2017

Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke 31 Saksikan Secara Langsung Di TV3

Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke 26 Saksikan Secara Langsung Di TV3. AJL ke 31 akan berlangsung pada 22 Januari 2016. AJL 31 bakal berlangsung pada 22 Januari 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Temanya, cerita dalam lagu.

Pengacara yang terlibat adalah Farah Fauzana, Awal Ashaari, Sarimah Ibrahim & Fizi.

Bicara tentang AJL 31 nanti, siapakah yang boleh menang agaknya? Ada beberapa lagu yang bertanding menjadi hit kerana jadi OST kepada drama bersiri di TV tempatan. Antaranya lagu Lelaki Teragung OST 7 Hari Mencintaiku & Selamanya Cinta pula OST untuk drama Suri Hati Mr. Pilot.


Keputusan AJL 31 Akhir


Mari kita main teka teki siapa pula yang layak bergelar Penyanyi Terbaik pada malam AJL 31 nanti? Tahun lepas anugerah itu dibolot oleh Dayang NurFaizah kan? Tahun ini adakah penyanyi yang sama boleh menang? Atau adakah ia milik Black atau Penyanyi duet Misha Omar dengan Hafiz Suip? Semuanya kena tunggu pada malam konsert akhir AJL 31. Siapa perform bagus, suara sedap, jelas dan merdu, berpeluang untuk menang.

Senarai Lagu Bertanding Pada Malam Anugerah Juara Lagu Ke 31




1. Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah
2. Terakhir - Sufian Suhaimi 
3. Sudah Ku Tahu - Projector Band 
4. Selamanya Cinta - Shila Amzah & Alif Satar 
5. Terimaku Seadanya - Misha Omar & Hafiz Suip 
6. Ku Rela Dibenci - Aiman Tino 
7. Di Amaran Mama - Hazama & The Penglipur Lara 
8. Obses - Akim & The Majistret 
9. Setia - Elizabeth Tan feat Awi Rafael 
10. Kalah Dalam Menang - Syamsul Yusof feat Mawi 
11. Hang Pi Mana - Khalifah 
12. Anugerah Terindah - Black

Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke 31 Di TV3


Admin akan review secara ringkas pada malam konsert akhir tentang persembahan penyanyi dengan lagu bertanding pada malam konsert akhir AJL 31 nanti.

Review ringkas:

Persembahan pertama dari Akim & the Majistret bawa Lagu OBSES, diikuti oleh KU RELA DIBENCI nyanyian Aiman Tino. Persembahan Akim seperti mengulangi AJL tahun lalu. Aiman Tino juga melakukan persembahan yang biasa-biasa, tiada X factor, orang kata.

Black pula menyampaikan ANUGERAH TERINDAH dengan vokalnya yang mantap. Adakah Black boleh menang Anugerah vokal terbaik? Lagu SETIA dibawakan oleh Elizabeth Tan featuring Awi Rafael (gantikan) Faizal Tahir. Kombinasi suara mereka pun boleh tahan. Tapi untuk jadi juara? Mungkin lagu Setia boleh buat kejutan.

KALAH DALAM MENANG gabungkan Syamsul Yusof dengan Mawi. Lagu agak segar, konsep ketuhanan dan lirik pun deep! Boleh menang ke? Terpulang kepada penjurian AJL 31 itu sendiri. Kumpulan Khalifah dengan lagu HANG PI MANA pun tidak kurang hebat persembahan mereka dengan konsep dikir barat.

Sufian Suhaimi yang pertama kali di pentas AJL nampak begitu selesa dengan lagunya TERAKHIR. Penyampaiannya sebiji macam dalam video tu.., syabas. Menang vokal? Ada peluang juga. Hazama tampil dengan persembahan hebat laksana ahli silap mata konduktor muzik. Muzik lagu DI AMARAN MAMA juga segar dan catchy. Harap boleh menang sebarang kategori.. hiihi

LELAKI TERAGUNG terus gah dengan vokal mendayu Dayang Nurfaizah. Lagu ini agak sukar tetapi Dayang berjaya menyampaikan dengan jayanya. Mungkinkah dia boleh menang vokal terbaik dan juara lagu ke 31 sekaligus? Kalau dah rezeki tak ke mana, kan? Hafiz Suip dan Misha Omar berduet menyampaikan TERIMAKU SEADANYA. Dengan kekuatan vokal mereka, lagu tersebut menjadi indah. Ada chance menang vokal terbaik juga.

Projector Band dengan lagu SUDAH KU TAHU menampilkan persembahan biasa saja, vokal penyanyi utamanya pun biasa aje. Kalau menang AJL31, itu memang dah rezeki mereka kerana lagu itu pun memang top di mana-mana. Akhir sekali Shila Amzah dan Alif Sattar unggul dengan lagu SELAMANYA CINTA. Admin rasa lagu ini pun ada peluang menang top 3 AJL31.

Juara Lagu AJL 31 : DAYANG NURFAIZAH - LELAKI TERAGUNG
Naib Juara AJL 31 : MISHA OMAR & HAFIZ - TERIMAKU SEADANYA
Tempat Ke 3 AJL 31: PROJECTOR BAND - SUDAHKU TAHU 
Vokal Terbaik : DAYANG NURFAIZAH
Persembahan Terbaik : KHALIFAH

Pemenang Juara lagu AJL31 dimiliki oleh lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah! AJL31 telahpun menobatkan juaranya. Yang tak menang boleh cuba lagi tahun depan. Semoga ada rezeki kalian pula.

 Lazada Malaysia

2 comments:

  1. Memang hebat Dayang Nurfaizah membawa lagu Lelaki teragung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya setuju, beliau seorang penyanyi hebat.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.