Header Ads

Analisa Dan Pencapaian Blog Sepanjang Tahun 2016


Advertisement
Analisa Pelan Perancangan 2016 Aynorablogs. Selamat tinggal 2016. Selamat datang tahun 2017. Alhamdulillah kerana Allah masih bagi peluang panjangkan umur saya sekali lagi. Tiada nikmat dan rezeki yang lebih baik daripada PANJANG UMUR. Sebab Allah masih bagi peluang kita menambah amal kebaikan di dunia untuk bekalan akhirat yang kekal.

Sorry, teremosi sikit, kerana rasa syukur sangat sebab Allah masih sayangkan kita. Ya tak? Baiklah..., nak cerita dan analisa sikit tentang pelan blog untuk tahun 2016. Jika anda masih ingat, saya ada menulis tentang perancangan aynorablogs untuk tahun 2016.

Baca: Perancangan Blog Tahun 2016

Analisa Dan Pencapaian Blog Sepanjang Tahun 2016  




Bila buat analisa, ada sedikit laporan, untung rugi, jatuh bangun aynorablogs sepanjang tahun 2016. Yeah! Jom baca..

Artikel Paling Popular Tahun 2016


Artikel paling popular 2016 aynorablogs jatuh kepada Aneka Resepi Kek Kukus Yang Sedap. Sepanjang tahun 2016, artikel ini menerima PV sebanyak 473,853. Sehingga kini aneka resepi kek kukus ini masih menduduki carta teratas setiap minggu.

Boleh cuba resepi : ANEKA RESEPI KEK KUKUS YANG SEDAP

Jumlah Trafik Sepanjang Tahun


Sepanjang tahun 2016, blog ini menerima jumlah trafik yang agak tinggi dan meningkat daripada tahun 2015. Trafik yang diterima sepanjang tahun 2016 adalah berjumlah 13,823,590, seperti laporan di bawah.


Pendapatan Blog Sepanjang Tahun


Secara ringkasnya tahun 2016 adalah tahun pertama blog ini menjana income yang memberangsangkan. Keseluruhan pendapatan blog pada tahun 2016 adalah seperti berikut:

##Sumber Utama 

Adsense : USD1,348.40
Mobicow : USD519.40
Nuffnang : MYR2,152.43

Lain-lain income akan update kemudian..

Kejayaan Yang Dicapai


Antara kejayaan yang dicapai oleh blog ini adalah mendapat hadiah tempat kedua untuk satu kontes dan menang wang tunai RM200. Selain itu kejayaan terbesar bagi saya adalah apabila trafik setiap bulan untuk aynorablogs mencapai sehingga 1 juta PV sebulan.

Selain daripada itu, melalui blog aynorablogs ini, dapat menerima income secara tetap setiap bulan daripada Adsense, Nuffnang, Mobicow dan program affiliate yang lain. Ia dikira kejayaan yang besar kepada blog kerana ia membantu saya mengurus kewangan dengan lebih berkesan.

Kegagalan aynorablogs


Setiap blog pasti ada meniti kegagalan dalam usaha mencapai kejayaan. Itulah namanya cabaran dalam berblog. Kalau disebut gagal, ada banyak sebenarnya yang tidak dapat dicapai oleh aynorablogs sepanjang tahun 2016. Antaranya tak dapat menghasilkan 1,000 artikel pada tahun tersebut. Jumlah follower dalam blog juga tidak meningkat. Berikut analisis artikel terhasil pada tahun 2016:

Tahun 2016: 625 artikel
Tahun 2015: 328 artikel
Tahun 2014: 352 artikel
Tahun 2013: 575 artikel
Tahun 2012: 242 artikel

Namun, kegagalan bukanlah penamat kepada minat saya dalam menghasilkan blog yang lebih berkualiti dan terkini. Malahan, saya jadikan ia sebagai pembakar semangat.

Penutup


Setiap orang melakukan sesuatu dengan niat, ada tujuan tersendiri. Semoga niat suci yang dipasang memberikan impak yang baik kepada diri sendiri dan juga orang lain. Setelah tujuan yang utama itu tercapai, insyaa Allah pertolongan Allah akan datang dari berbagai sudut. Ketika itulah rezeki anda dilapangkan, rezeki kesihatan dan kehidupan, umur yang panjang dan barakah serta arah tujuan yang benar. Dilorongkan kepada jalan yang lurus, insyaa Allah!

Advertisement

3 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.