Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Filing Borang BE Cukai Pendapatan Individu Tahun Taksiran 2016

Filing Borang BE Cukai Pendapatan Individu. Dah filing borang cukai pendapatan anda? Borang BE cukai pendapatan individu. Tarikh akhir pengemukakan borang cukai pendapatan BE adalah pada 30 April 2017. Tahun taksiran adalah 2016.

Saya sudah filing borang BE. Anda bila lagi? Jangan tunggu last minute baru nak bayar ya, anda mungkin dikenakan tindakan penalti jika gagal filing atau declare income tax tahun taksiran 2016 pada atau sebelum tarikh tutup tersebut.

Filing Borang BE Cukai Pendapatan Individu Tahun Taksiran 2016

So, be punctual ok! Dan elakkan talian LHDN jammed bila anda filing Borang BE last minute. Ubah persepsi anda, jangan tunggu saat akhir...

Filing Borang BE Cukai Pendapatan Individu Tahun Taksiran 2016


Sebelum ini saya ada banyak tulis tentang income tax dan cara filing borang BE. Anda mungkin boleh rujuk artikel berkaitan seperti di bawah.

Baca artikel berkaitan:


Semoga anda semua menjadi rakyat yang patuh membayar cukai untuk keselesaan masa depan. Jika cukai anda terlebih tolak, anda pun akan dapat semula lebihan tersebut selepas pihak LHDN puashati dengan cukai yang anda declare itu. Kita kena bertanggungjawab dengan apa yang kita declare, ingat tu... maksudnya jangan menipu.. hihi.



Baca info lanjut dari LHDN melalui siaran di Astro Awani,


Pembayar cukai boleh mula mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun taksiran 2016 melalui e-Filing bagi borang E, BE, BT, P, M, MT dan TF boleh dilakukan mulai 1 Mac ini.

Bagi borang BE, pengguna boleh mengemukakan borang menggunakan peranti mudah alih melalui aplikasi Mobile Filing atau m-Filing.

Kedua-dua aplikasi e-Filing dan m-Filing adalah percuma dan boleh dicapai melalui portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my

Berikut kenyataan penuh mengenai tarikh akhir serahan BNCP mengikut jenis borang:

1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2016 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, BT, P, M, MT dan TF boleh dilakukan mulai 1 Mac 2017.

2. Bagi Borang BE, pembayar cukai juga boleh mengemukakan borang tersebut menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet melalui aplikasi Mobile Filing (m-Filing).

3. e-Filing dan m-Filing merupakan aplikasi PERCUMA yang disediakan oleh LHDNM untuk memudahkan pembayar cukai melengkapkan dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.

4. Aplikasi ini boleh dicapai terus melalui portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my

5. LHDNM menyeru semua pembayar cukai agar mengemukakan BNCP dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar BNCP dan kenaikan lewat bayar cukai dikenakan terhadap mereka.

6. Tarikh akhir pengemukaan BNCP Tahun Taksiran 2016 bagi Borang E, BE, B, BT, P, M, MT dan TF secara Borang Kertas (manual) adalah seperti berikut:


7. Harap maklum bahawa para majikan yang terdiri daripada syarikat adalah WAJIB mengemukakan Penyata oleh Majikan (Borang E) Tahun 2016 secara e-Filing seperti yang telah ditetapkan dalam subseksyen 83(1B) Akta Cukai Pendapatan 1967.

8. Pembayar cukai boleh merujuk pautan berikut untuk sebarang maklumat tambahan masa untuk mengemukakan BNCP secara e-Filing: http://lampiran.hasil.gov.my/pdf/pdfa /ProgramMemfailBNCP_2017_1.pdf

9. Pembayar cukai yang belum pernah menggunakan aplikasi e-Filing perlu memohon nombor PIN e-Filing terlebih dahulu dari kaunter khidmat pelanggan LHDNM.

10. Manakala bagi pembayar cukai yang terlupa kata laluan e-Filing dan mempunyai emel berdaftar dengan LHDNM pula, mereka boleh set semula (reset) kata laluan melalui menu Terlupa Kata Laluan di portal ezHASiL.

11. Selain itu, LHDNM juga menyediakan perkhidmatan reset kata laluan e-Filing melalui nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDNM. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini hanya disediakan kepada pengguna talian Maxis, Celcom, Digi dan Umobile. Pengguna perkhidmatan ini akan dikenakan bayaran RM0.50 oleh syarikat penyedia telekomunikasi (telco) bagi setiap SMS maklum balas daripada LHDNM.

12. Bagi pembayar cukai yang tidak mempunyai e-mel berdaftar dengan LHDNM atau tidak boleh menggunakan perkhidmatan reset kata laluan melalui nombor telefon bimbit, mereka perlu hadir ke kaunter khidmat pelanggan LHDNM untuk mendapatkan Kod Pengaktifan Sementara kata laluan e-Filing mereka. Sila bawa bersama-sama kad pengenalan atau pasport sebagai pengesahan dan rekod.

13. Adalah diingatkan bahawa permohonan untuk reset kata laluan e-Filing menggunakan selain daripada kaedah-kaedah di atas tidak akan dilayan.

Istihar cukai pendapatan dengan betul dan tepat

14. LHDNM juga ingin memberikan peringatan kepada semua pembayar cukai agar mengistiharkan maklumat cukai pendapatan mereka dengan betul dan tepat.
15. Semua pendapatan yang diperolehi dalam tahun 2016 daripada semua punca pendapatan seperti penggajian, kelas tuisyen, perniagaan, komisen, jualan langsung, sewa, royalti dan lain-lain pendapatan seperti termaktub dalam seksyen 4 dan seksyen 4A Akta Cukai Pendapatan 1967 mestilah diistiharkan.

16. Setiap dokumen sokongan berkaitan pelepasan cukai dan perbelanjaan yang dituntut dalam mengira cukai pendapatan pula hendaklah disimpan selama tujuh tahun bagi tujuan auditan atau siasatan cukai oleh LHDNM.

17. LHDNM akan menjalankan tindakan penguatkuasaan seperti audit dan siasatan cukai mengikut peruntukan ditetapkan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967.

Tindakan ini akan diambil sekiranya LHDNM mendapati terdapat sebarang keraguan atas maklumat dan cukai pendapatan yang telah diistiharkan oleh setiap pembayar cukai.

##Cerita pasal income tax ni, saya pun dapat CPUV daripada Nuffnang. Dapat juga 4 ketul.. so, saya pun tulislah sikit tentang kesedaran declare dan bayar cukai. Anda pun boleh klik iklan Nuffnang untuk tahu lebih lanjut tentang LHDN dan kempen bayar cukai pendapatan..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close