Cara Mengajak Anak-Anak Membaca Al Quran Setiap Hari

Amalkan membaca al Quran setiap walau sekadar sebaris ayat. Amalan membaca al Quran hendaklah diterapkan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Mari baca Cara Mengajak Anak-Anak Membaca Al Quran Setiap Hari yang saya senaraikan berdasarkan pengalaman sendiri.

Membaca al Quran banyak kelebihannya. Selain sebagai satu terapi jiwa yang dalam kegelisahan, membaca Quran dan memahami kandungannya akan menjadikan kita lebih positif menjalani kehidupan. Mendalami al Quran membuatkan kita menjadi insan yang bertaqwa.

Cara Mengajak Anak-Anak Membaca Al Quran Setiap Hari
 Cara Mengajak Anak-Anak Membaca Al Quran Setiap Hari


Cara Mengajak Anak-Anak Membaca Al Quran Setiap Hari


Setelah saya mengkaji cara yang digunakan di rumah, saya kongsikan pula kepada anda unruk kebaikan bersama.


1. Ibu bapa mengaji bersama-sama


Sebagai ibu bapa kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Adakah patut kita sorang saja yang mengaji tanpa membawa mereka bersama kita. Jadi, nak galakkan anak-anak mengaji, kita ikut bersama-sama mengaji. Berikan galakan tentang kelebihan membaca al quran setiap hari, contohnya Malaikat akan sentiasa singgah masuk ke rumah kita..


2. Ikut waktu kesukaan mereka mengaji


Faktor kedua inipun bagus, jadi anak tidak akan rasa tertekan. Waktu paling sesuai dan santai adalah selepas waktu Maghrib. Ini kerana pada waktu ini anak-anak telah bersedia untuk membuat kerja rumah, dan mood bermain pun dah berkurang. Jadi tumpuan mengaji al Quran tidak terganggu.


3. Gunakan al Quran yang berwarna warni


Yang ini memang saya praktikkan. Di rumah, saya memang suka menyediakan al Quran yang berwarna warni dengan tulisan yang besar. Di samping itu al Quran yang ada terjemahan lagi bagus.

4. Sambil menceritakan kisah disebalik makna ayat Al Quran


Sambil mengaji, saya akan sama-sama bacakan terjemahan maksud ayat al Quran dan kongsikan kisah-kisah menarik dalam setiap ayat yang dibaca. Sambil itu, saya akan uji ingatannya dengan pengetahuan ilmu tajwid yang dipelajari di sekolah.

5. Berikan contoh kebaikan dan fadhilat membaca al Quran setiap hari


Ada banyak kebaikan bila kita membaca al Quran setiap hari. Antaranya Malaikat rahmat akan sentiasa berada di rumah kita, rumah kita bercahaya bila dipandang dari langit, dan banyak lagi. Jadi, ceritakanlah kepada anak-anak kita tentang kebaikan dan kelebihan membaca al Quran setiap hari. Insyaa Allah, mereka akan tertarik melakukannya.

Tahukah anda, jika kita membaca al Quran selepas Maghrib dan subuh, otak kita lebih cerdas 80% dari orang lain. Subhanallah...

Semoga perkongsian ringkas di atas dapat dijadikan panduan kepada ibubapa untuk mengajak anak-anak membaca al Quran setiap hari.

Selamat berjaya dan hidup anda semua diberkati. Doakan kebaikan kepada kami sekeluarga juga...

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.