Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Segmen Blogger - Jom Google Plus

Segmen untuk blogger dari blogger Hasrul Hassan. Bro HH merupakan seorang blogger terkenal yang telah banyak membantu blogger baru mempelajari menulis blog dengan teknik SEO. Dalam usaha menguji aplikasi Google Plus, beliau menganjurkan segmen yang diberi nama, Segmen Blogger - Jom Google Plus.

Tujuan asal di adakan segmen jom Google Plus adalah:
  1. Untuk lihat bagaimana fungsi +1 ini boleh membantu sesebuah blog tersebut untuk rank terbaik di enjin carian Google.
  2. Tingkatkan +1 bagi blog yang join.
  3. Bina backlinks dinamik antara blog peserta.
  4. Latih blogger untuk tulis sesebuah blog post dengan teknik SEO

Segmen Blogger - Jom Google Plus


Jika anda tak tahu lagi tentang segmen ni, di bawah ini adalah banner rasmi untuk segmen tersebut.


Blog saya dinamakan aynorablogs.com sempena nama asal saya digabungkan dengan perkataan blog, maka wujudlah domain tersebut. Aynorablogs adalah blog yang menulis tentang wanita, resepi dan keluarga. Kebanyakan post entry saya berlandaskan inspirasi atas sebab utama tema blog adalah Inspirasi Wanita. Saya berharap dengan wujudnya blog picisan daripada seorang blogger "tanpa nama" macam saya dapatlah membantu pembaca blog menambahkan info dan hidup penuh inspirasi.

Jadi, saya join segmen blogger jom Google plus ini supaya dapat berkongsikan kehidupan wanita dalam dunia yang mencabar ini dilandasi dengan aura yang positif. 

Jika anda seorang blogger juga, jom sertai segmen blogger yang dianjurkan oleh blogger Hasrul Hassan agar misinya menguji Google Plus adakah ia membantu sesebuah blog tersebut untuk rank terbaik di enjin carian Google. Sama-sama kita lihat hasilnya nanti.

Dalam pada itu, jangan lupa untuk tekan Google plus blogger lain yang join segmen ni. Kita saling menyokong antara satu sama lain. Betul tak? 💕💕💕

Semoga lebih ramai nanti blogger dapat follow Google Plus saya yang kini dah lebih 9K follower.

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close