Tambahan pula dengan pemahaman dan bacaan ayat suci al Quran dapat membina kekuatan dalaman dalam menghadapi ujian dan cabaran hidup.

Makanan Roh Adalah Al Quran
Makanan roh adalah Al Quran. Jika roh tidak mendapatkan makanannya, ia akan sakit. Setiap hari mesti baca al Quran. Jika tidak baca, paling tidak mesti mendengarnya. Punca hati tidak tenang salah satu sebabnya ialah kerana roh tidak dapat makanannya iaitu al Quran.
Jadi, bagaimana caranya kita nak bagi makanan kepada roh melalui al Quran.
1. Kata ulama, bacalah al-Quran sebanyak mana kita makan.
2. Jika kita makan sarapan pagi, tengahari dan malam, maka bacalah juga al-Quran pada waktu pagi, tengahari dan malam.
3. Makanan yang kita makan adalah untuk jasad yang akan hancur. Manakala al-Quran yang kita baca adalah untuk roh yang akan terus hidup.
4. Sebelum menutup mata, usahakan hafal dan amal surah al-Mulk, al-Kahfi, dan al-Baqarah.
5. Ada hadis nabi saw yang menyebut tentang keutamaan surah-surah ini.
a) Dengan surah al-Mulk, kita selamat dari azab kubur. Hanya ada 30 ayat. Jika kita hafal sehari satu ayat, sebulan habis satu surah al-Mulk.
b) Surah al-Kahfi menyelamatkan kita dari fitnah dajal. Dan memberi cahaya dari hujung kaki sehingga ke langit di Padang Mahsyar kelak. Hanya ada 110 ayat. Lebih kurang 4 bulan, selesai hafal.
c) Surah al-Baqarah penyelamat kita ketika huru hara di Padang Mahsyar. Syaitan juga tidak memasuki rumah yang dibacakan al-Baqarah di dalamnya. Ada 286 ayat. Dalam setahun, boleh selesai hafal.
6. Jika kita belum boleh baca al-Quran, doa minta dengan Allah jangan matikan kita lagi malam ni.
7. Cari guru, dan belajarlah al-Quran.
8. Yang boleh baca al-Quran, bacalah selalu. Banyak manfaatnya lepas kita mati.
9. Mati hanya sekali. Lepas mati, ada orang minta mati lagi sebab tak sanggup dengan azab kubur dan pelbagai azab lagi di Padang Mahsyar dan di neraka.
10. Namun tiada mati lagi selepas itu. Yang ada cuma penyesalan kerana tidak bersungguh beramal soleh ketika masih ada peluang melakukannya.
- Ustaz Dusuki Abdul Ran (sumber)
Selain itu, kita juga boleh menambahkan cara-cara yang sesuai untuk memberi makanan kepada roh iaitu seperti berzikir dan memuji Allah (seperti bertasbih dan bertahmid). Juga, dengan taat mengerjakan solat fardhu dan sunat juga dapat menenangkan rohani kita. Kita juga boleh meningkatkan kualiti doa-doa dan berselawat atas Nabi SAW. Paling mudah adalah dengan menuntut ilmu atau menghadiri majlis-majlis ilmu demi memperoleh rohani yang seimbang dan penuh kasih sayang.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.