Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Minum Air Sejuk Boleh Jaga Kesihatan

Minum air sejuk setiap hari sebanyak 6 atau 7 gelas boleh menyegarkan badan dan menjaga kesihatan. Air yang diminum sebaiknya hendaklah dimasak setiap kali hendak diminum. Minum air masak boleh menghindarkan penyakit berjangkit.

Minum Air Sejuk Boleh Jaga Kesihatan
Minum air sejuk/masak memang sunnah Rasullullah 

Jika anda terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangka, minum air sejuk boleh mententeramkan keadaan serta mengawal tekanan darah.

Ada orang suka melakukan olahraga tetapi menghadapi masalah, setelah melakukan olahraga badan selalu tidak sihat dan terasa sakit setiap sendi. Anda dinasihatkan supaya minum air sejuk yang dicampur dengan garam. Caranya ambil gelas atau cawan lalu diisi dengan air yang sudah dimasak. Dicampurkan dengan garam secukupnya. Embunkan air itu ditampat lapang dan bersih udaranya. Apabila bangun tidur terus berkumur dengan air itu sedikit, bakinya diminum sekaligus.

Lakukan perkara ini tiga pagi berturut-turut, lebih kerap lebih baik. InsyaAllah badan anda sentiasa sihat.

Bagi mereka yang menghidap sakit buah pinggang, minum terlalu banyak air boleh memudaratkan lagi kesihatan. Air hendaklah diminum mengikut sukatan yang disyorkan oleh doktor.

p/s: Kalau badan sihat, segalanya boleh berjaya. Amalkan petua nenek moyang tidaklah bermaksud kita ketinggalan zaman, namun apa yang terbaik, itulah yang kita contohi. >>aynora nur<<

Read More ....


Post a Comment

8 Comments

  1. saya akan pastikan setiap hari saya minum sekurang2nya 2 liter air :)

    ReplyDelete
  2. Hoho. Tu la dia. Kena minum banyak air & kerap mandi. Baru sihat. Tapi orang sekarang payah benar nak minum air masak. Asyik la air manis. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul hana, itu yang banyak kena kencing manis!!

      Delete
  3. tgh cuba nk minum air bnyk2 nie..hehe..salam kenal.

    ReplyDelete
  4. cuba nk melatih diri skang ni....
    mmg payah sket nk minum air kosong....still trying stage...huhu

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close