Sinopsis Drama Korea The Master's Sun
Selepas kemalangan, Tae Gong Sil memiliki kebolehan untuk melihat hantu dan sejak itu telah hidup dalam ketakutan yang berterusan. Beliau secara kebetulan bertemu Joo Joong Won dan mendapat jalan keluar untuk mengatasi trauma dan ketakutannya itu dengan sentiasa berhubungan secara fizikal dengan lelaki tersebut. Walau bagaimanapun, sebagai seorang ahli perniagaan yang praktikal, Joong Won hanya mempercayai benda yang benar dan nyata sahaja. Dapatkah Gong Sil memujuk Joong Won untuk kekal berada di sisinya?
Dibintangi: So Ji Sub (Ghost), Gong Hyo Jin, Seo In Guk, Kim Yoo Ri (Cheongdam-dong Alice).
Trivia tentang The Master's Sun:
- 'The Sun Master' adalah yang drama komedi romantik seram pertama di Korea, dan ditulis oleh Hong Sisters, yang menulis beberapa drama popular seperti '‘You’re Beautiful’ and ‘My Girlfriend is a Nine-Tailed Fox’.
- Infinite L akan muncul sebagai Joo Joong Won yang muda.
- Hyo Rin dari SISTAR menyanyikan lagu tema untuk drama ini.
- Minah dari Girls Day akan membuat penampilan istimewa dalam drama ini.
- Seo In Guk menjalani diet dan senaman yang ketat untuk mendapatkan bentuk badan yang diperlukan untuk wataknya dalam drama ini.
Selamat menonton drama/filem seram ini!


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.