Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Ilmu blogspot blogger Malaysia - Satu peluang untuk menambahkan pengetahuan di samping menjala pendapatan secara mudah dengan menyertai Kontes yang dianjurkan oleh Sifu Blogspot Malaysia, siapa lagi kalau bukan Saudara Hasrul Hassan. Pada mulanya saya tidak berniat untuk menyertai kontes ini kerana saya rasa ianya agak sedikit berat memandangkan pada awal tahun begini saya sibuk dengan kerjaya makan gaji.


Ilmu Blogspot Blogger Malaysia


Namun atas alasan mahu berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang saya pernah lalui, maka saya menyahut cabaran dari diri sendiri untuk menulis apa-apa saja pengalaman saya dalam dunia blog terutamanya dengan menggunakan medium blogspot.

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia


Apa itu blogspot?

Blogspot merupakan salah satu penyedia akaun website percuma dimana kita boleh posting, sharing dan lain-lainnya . Akaun Blogspot juga merupakan akaun google kerana ketika kita login blog tersebut menggunakan akaun google.

Jadi, apakah ilmu blogspot yang kita perolehi ketika kita menggunakannya? Mari baca pendapat saya mengenai sedikit sebanyak ilmu blogspot blogger Malaysia yang telah saya praktikkan untuk blog ini.

1. Ilmu cara menulis entri di blog


Setelah anda mengenali lebih mendalam tentang blogspot dan dunia seorang blogger, tentu anda boleh membezakan gaya bahasa yang ditulis melalui blog, twitter, Facebook, Wechat, Whatsapp dan sebagainya. Terus terang saya katakan bahawa penulis blog adalah seorang penulis sejati, yang menulis dengan mengikut syarat dan peraturan dunia penulisan rasmi! Senang cerita, macam menulis sebuah karangan.

Sesuatu penulisan di blog haruslah ada tiga isi penting iaitu intro, isi dan penutup. Bagi saya itu cukup jelas bagi kita semua faham bahawa menulis di blog medium blogspot terutamanya haruslah mematuhi peraturan tak rasmi tersebut. Setuju tak?


2. Ilmu pengetahuan am yang luas


Yang ini amatlah penting. Kerana ilmu pengetahuan am yang luas menjadikan kita nampak 'bijak' dan berbeza daripada blogger lain. Contoh ada di depan mata, siapa lagi kalau bukan insan yang digelar sifu blogspot Malaysia ini. Apabila kita membaca setiap entri yang ditulis oleh beliau kita boleh rasa auranya dan identitinya yang tersendiri. Saya boleh jamin bahawa hanya dengan pengetahuan am yang luas membolehkan kita meraih pendapatan yang bukan sedikit dari aktiviti berblog ini.

Apakah cabang pengetahuan am yang saya maksudkan di atas? Bagi saya sendiri saya baca semua perkara dan subjek yang boleh memberikan maklumat dan inspirasi seperti buku resepi, majalah ujang, tafsir al-Quran, buku kewangan, buku-buku pengurusan sumber manusia, buku blogging for dummy, novel-novel melayu dan inggeris dan banyak lagi. Itu sekadar contoh perkara yang boleh memberikan pengetahuan am kepada kita.

Jadi untuk jadi blogger yang kaya ilmu blogspot mestilah berani untuk menakluk sebarang cabang ilmu yang mendatangkan manfaat kepada orang ramai. Apabila kita telah cekap dan 'masak' terhadap segala onak duri dunia blog, bolehlah kita memilih niche blog mengikut kepandaian dan minat kita.

Mudah bukan? Yang paling mudah jadikan bacaan seperti Harian Metro, Sinar Harian, Berita Harian, Utusan Malaysia, MalaysiaKini, Malaysian Insider dan banyak lagi portal berita online yang boleh dicapai dari hujung jari sahaja sebagai bacaan harian anda.

Di mana ada kemahuan di situlah ada blog yang dikemaskini setiap hari! Haha!!

3. Ilmu SEO (Search Engine Optimization) 


Lagi satu ilmu yang saya pelajari dari berblog dengan blogspot adalah ilmu SEO. Mesti bagi newbie atau blogger pendatang baru kurang faham apa makna SEO itu kan? Untuk memudahkan korang faham, saya ambil maksud SEO ini daripada blogger Ricky Pratama:

Katanya,
SEO adalah segala sesuatu yang anda lakukan untuk membuat website atau blog anda muncul pada halaman-halaman hasil pencarian search engine. Tujuan utama dari SEO adalah membuat website anda mendapat banyak pengunjung dari mesin pencari seperti Google, Yahoo, Bing, dan kawan-kawan. - Ricky Pratama

Dalam ilmu SEO juga saya mengenali ciri-ciri blog yang disukai Google. Dengan cara yang demikian, kita menghasilkan artikel yang dapat dibaca oleh medium yang lebih luas. Bukankah itu juga satu kelebihan buat kita? Mana tahu dengan cara itu trafik meningkat dan menarik minat pengiklan untuk 'melihat' kewujudan blogger seperti kita.

Contoh On-Page SEO


Sumber

Contoh Off-Page SEO 




Secara keseluruhannya, apa yang saya kongsikan di atas adalah sebahagian pengalaman pahit manis saya dalam menimba ilmu berblog. Namun perlu diingatkan bahawa ilmu-ilmu yang dikongsikan di atas seperti ilmu SEO, ilmu pengetahuan am dalam dunia blog dan juga cara menulis entri di blog belum cukup untuk kita menjadi penulis blog terkenal dan yang penting sebuah blog yang bermanfaat. Ia perlu ada kekuatan untuk bertahan dan minat yang mendalam.

Jika tidak, jadilah blog kita seperti 'projek gajah putih'! Anda faham bukan? Namun, mulakan dengan mimpi apa salahnya? Bak kata Harriet Tubman,

Every great dream begins with a dreamer. Always remember, you have within you the strength, the patience, and the passion to reach for the stars to change the world.




Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.

Read More ....


Post a Comment

24 Comments

  1. Menulis post sama dengan karangan sekolah jugak -mesti ada intro, isi dan penutup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar MT...walaupun tidak secara terangan menuliskan item tersebut. Bila baca orang tahu mana bahagian2 tersebut.

      Delete
  2. good luck yea.... teringin nak study seo tapi masa belum ada...

    ReplyDelete
  3. shad datang sini balas kunjungan... teringin nak mendalami lebih jauh ke dasar laut berkaitan dengan ilmu seo ni.. btw, nice entry.. and good luck from me to you.. :D
    follow sini deh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Shad, sikit-sikit belajar, lama2 nanti pandai..

      Delete
  4. perkongsian yg menarik, aah yumida pun dlm prose mempelajari seo..kengkdg menjd, kengkdg x, mcm eksperiment je..hihi
    Jom berkongsi Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear...proses belajar dan pembelajaran sentiasa valid sepanjang hayat.

      Delete
  5. Terima ksh..untyk info....newbie...

    ReplyDelete
  6. i remember when sombody told me about this blog. i think i find what i try to understand. that is what i looking for After looking into a few of the blog articles on your web site, I truly appreciate your technique of writing a blog. and i try to implement to my blog that has a unique title spesifikasi laptop windows dan hp android 2016 nice and simple blog to find spesification and price, I bookmarked it to my bookmark site list and will be checking back in the near future. Please check out my web site that talking about site Home Design Minimalist ideas photos pictures 2016 and decoration and room kicthen and garden as well and tell me what you think. and i will say thanks. also dont forget to say hello to my other blog that talks about reivew electronics and computer here the link portal windows and android apps and reviews I think this is an informative post and it is very useful and knowledgeable. therefore, I would like to thank you for the efforts you have made in writing this article finally thanks so much fopr everybody.. goodluck

    ReplyDelete
  7. What an incredible work! Not only it was informative but also nicely written. To the point. Would like to read more from this space. Places to visit in Dubai

    ReplyDelete

  8. Hello, I have browsed most of your posts. This post is probably where I got the most useful information for my research. Thanks for posting, we can see more on this. Are you aware of any other websites on this subject.
    Dissertation Help Online

    ReplyDelete
  9. Salam dari kami, semoga lancar blognya. Untuk info lebih lanjut Paket Umroh Desember Silahkan kontak kami ya

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close