Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Barangsiapa yang mengucapkan dan berzikir dengan:
Laa Hawla wa Laa Quwwata illa Billaah Hil aliyyul'azim
maka hal itu sebagai penawar baginya dari sembilan puluh sembilan penyakit dan yang termudah adalah penawar bagi rasa bimbang"
Ketika membaca berita online sebentar tadi, mata dan hati saya tak dapat tidak tersekat pada ucapan dan harapan di bawah:
1. Ketika masalah dan cubaan dirasa berat, dan dirasa logika tidak mampu lagi memberi penyelesaian, maka tetaplah bertahan dan terus bersabar. Kerana kesabaran akan mempercepatkan datangnya pertolongan Tuhan
Ketika membaca berita online sebentar tadi, mata dan hati saya tak dapat tidak tersekat pada ucapan dan harapan di bawah:
"MH370, kami berharap radar akan dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan terbang pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu sampai ke destinasi. Kami akan lapangkan jalan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang untuk mendarat terlebih dahulu. Langit cerah, dengan suhu di Beijing sebanyak lima darjah celsius, agak sejuk. Tolong pakai kot kamu untuk memanaskan badan. Ingat untuk peluk ahli keluarga dan sahabat setelah kamu turun. Mereka sayangkan kamu, benar-benar sayang kamu." #SinarHarianOnline
Kata-Kata Motivasi Buat Penumpang MH370
1. Ketika masalah dan cubaan dirasa berat, dan dirasa logika tidak mampu lagi memberi penyelesaian, maka tetaplah bertahan dan terus bersabar. Kerana kesabaran akan mempercepatkan datangnya pertolongan Tuhan
2. Syukur dengan hati, iaitu menyedari dan menyakini bahawa semua nikmat dan kurnia yang diperoleh merupakan anugerah Allah dan berasal dari-Nya. Bersyukur dengan lisan, iaitu dengan memuji Allah sebanyak-banyaknya. Syukur dengan perbuatan, iaitu taat beribadat kepada-Nya dan menggunakan kurnia itu untuk kebaikan.
Daripada Ibnu Umar RA, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud : “Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu).” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).
Berdasarkan pernyataan jelas dan terang daripada dalil naqli di atas menunjukkan bahawa doa bukanlah sebarang amal individu semata-mata tetapi ada kaitannya dengan kelangsungan hidup bersama saudara mukmin yang lain. Selain menjadi penghubung melalui komunikasi langsung hamba kepada Khaliqnya, tetapi ia juga penghubung silaturrahim di antara sesama muslim yang lain.
Islam adalah perdamaian, ia melangkaui batasan sempadan ras mahupun warna kulit dan keturunan serta perbezaan bahasa. Tidak semata-mata mutlak mendoakan orang yang dikenali, malah merentasi sempadan yang lebih global walau tanpa perkenalan secara formal, namun ia dihubungkan oleh Allah melalui ukhuwwah Islamiyyah dan yang menjadi terasnya ialah kesatuan akidah dan satu pegangan.
5. Setiap cerita selalu mempunyai pengakhirannya. Tetapi dalam kehidupan, sebuah akhir hanyalah sebuah permulaan yang baru.
6. Bangkitlah jika setiap kali kamu jatuh. Jika tidak kamu akan tertinggal. Segala sesuatu ada harganya. Jadi jangan mudah rebah dalam menghadapi kehidupan.
Semoga bermanfaat.


Allahu Akbar... Semoga Allah beri keukatan dan ketabahan...
ReplyDeleteInsya Allah...
Delete