Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Resepi Masak Lemak Cili Padi Telur Masin

Resepi Masak Lemak Cili Padi Telur Masin - Saya belum pernah masak telur masin hinggalah saya merasai enaknya masakan tersebut di rumah mak mertua. Jadi bila ada kesempatan, saya mencuba resepi masak lemak cili padi telur masin nih di rumah sendiri. Alhamdulillah...menjadi juga..

Yang bagusnya masak lemak cili padi gunakan telur masin lebih sedap berbanding telur biasa. Rasanya pun agak kenyal sedikit..

Resepi Masak Lemak Cili Padi Telur Masin


Jom cuba sama-sama resepi legend yang tak muak dimakan, mudah dicuba dan kosnya pun murah..

Resepi Masak Lemak Cili Padi Telur Masin  

Bahan-bahan:

5 biji telur masin
250ml santan pekat
250ml santan cair
1 batang serai - diketuk
1 helai saun kunyit - dihiris
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk:

4 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
2 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas

Cara memasak:

1. Masukkan santan cair bersama bahan tumbuk ke dalam periuk

2. Kemudian masukkan serai dan biarkan mendidih

3. Bila sudah mendidih, pecahkan telur masin sebiji demi sebiji dqn biarkan masak sempurna. Pastikan api sederhana ketika memecahkan telur masin tadi

4. Bila telur dah keras, kacau perlahan dan masukkan santan pekat

5. Tunggu hingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa

6. Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit

7. Sedia untuk dihidangkan

Selamat mencuba!

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

2 Comments

  1. Assalamualaikum aynora. tak pernah la masak ni.. biasa masak lemak guna ayam je. hehehe singgah menabung digi sini ~~~

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.