Header Ads

Zulhijjah Bulan Menambah Amalan, Terutamanya Pada 10 Hari Pertama


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Zulhijjah Bulan Menambah Amalan, Terutamanya Pada 10 Hari Pertama
Zulhijjah Bulan Menambah Amalan, Berpuasa Sunat Dan Membuat Korban. Salam Zulhijjah kepada semua pembaca blog. Semoga kita dapat melalui bulan ini dengan menambah amalan sunat kita dan akhirnya mendapat ganjaran pahala yang berganda. Insyaa Allah. Zulhijjah antara bulan istimewa. Terlalu banyak amalan yang boleh dilakukan sehinggakan ia disebut sebagai hari-hari terbaik di sisi Allah iaitu terutamanya 10 hari awal Zulhijjah.

Zulhijjah Bulan Menambah Amalan, Terutamanya Pada 10 Hari Pertama


Zulhijjah Bulan Menambah Amalan, Berpuasa Sunat Dan Membuat Korban


Jom rebut peluang menambah amal, mengisi tabung akhirat...

Amalan 10 Hari Pertama Zulhijjah


 عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid. (Musnad Ahmad No: 5879) Status: Hadis Hasan

Pengajaran: 

1. Perbanyakkan amal soleh setiap waktu di samping hari tertentu antaranya "Hari-hari yang sepuluh" iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah (1 hb Zulhijjah hingga 10hb Zulhijjah). Firman Allah dalam surah al-Fajr 1-3 juga menyatakan; وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْر “Demi fajar, dan malam yang sepuluh, dan yang genap dan yang ganjil”. Imam At-Tobari menafsirkan “Wa layaalin ‘asr” ( malam yang sepuluh) sebagai malam-malam sepuluh hari awal Zulhijjah berdasarkan kesepakatan hujah dari ahli tafsir. (rujuk Jami’ Al Bayan fi Ta’wil Al Quran:7/514) Allah telah bersumpah dengannya (malam yang sepuluh). Bersumpahnya Allah dengan sesuatu menjadi dalil tentang besarnya manfaat (sepuluh hari tersebut).

2. Ibnu Abbas, Ibnu Al Zubair, Mujahid, dan beberapa ulama salaf dan khalaf berkata bahawa ia adalah sepuluh hari pertama Zulhijjah. Ibnu Kathir membenarkan pendapat ini. (rujuk tafsir Ibnu Kathir: 8/413)

3. Allah suka kepada hambaNya yang memperbanyak amalan pada sepuluh hari awal bulan Zulhijjah (1hb hingga 10hb Zulhijjah).

4. Rebutlah peluang melakukan pelbagai amalan sunat menjelang Awal Zulhijjah. Kita mulakan dengan amalan puasa sunat paling tidak Isnin atau Khamis di samping perbanyakkan zikir dengan kalimah tahlil, tahmid dan takbir

5. Bulan Zulhijjah ini di dalamnya ada kelebihan tertentu untuk diraih bermula dari 1hb Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah dengan pelbagai amal soleh termasuk puasa sunat setiap hari, puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa sunat hari Arafah, perbanyakkan zikir, tilawah, doa, menunaikan ibadah haji juga melakukan ibadah korban.

Sepatutnyalah kita ramai-ramai mengimarahkan hari-hari awal iaitu 10 hari terawal dalam bulan Zulhijjah ini agar mendapat ganjaran yang lebih dan menambahkan tabung kita ke akhirat.

Semoga bermanfaat.

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.