Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berita Terkini, Gambar Dan Video MH17 Terhempas Di Ukraine

"Hari yang tragik untuk tahun yang tragik." Begitulah luahan sedih PM ketika membuat sidang media tergempar pagi tadi mengenai berita pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.

Berita gempar dan menyedihkan bagi seluruh dunia dan Malaysia khususnya ini seperti menyimbah luka dengan cuka bagi penduduk negara kita. Kesan trauma dengan MH370 masih belum pulih, kini Allah menguji lagi. Pesawat MH17 hilang dan terputus hubungan dengan menara kawalan ketika berada di ruang udara Ukraine.

Berita Terkini Pesawat MH17 Ditembak Jatuh Di Ukraine

1) Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP. Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 295 penumpang didakwa ditembak ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di sempadan timur Ukraine, malam tadi (waktu tempatan).

2) AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer. Sementara itu, menurut twitter MAS, pesawat berkenaan terputus hubungan ketika berada di ruang udara Ukraine.

3) Laporan AFP pula mengatakan pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak dari darat berhampiran bandar Shaktarsk dalam wilayah pemberontakan Donetsk. Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi. Laporan turut memetik, kejadian mempunyai kaitan dengan pemberontak dan krisis politik di negara itu.

4) Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

5) Pihak MAS mengesahkan bahawa pesawat terbabit membawa 298 penumpang dan anak kapal.

6) Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

7) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam twitter jam 12.06 minit malam tadi berkata:“Saya terkejut dengan laporan sebuah kapal MH terhempas. Kami melancarkan siasatan serta-merta.”

8) Syarikat penerbangan MAS menyenaraikan jumlah penumpang dan anak kapal mengikut warganegara iaitu Belanda 154; Malaysia 43 (termasuk 15 anak kapal dan dua bayi); Australia, 27; Indonesia, 12 (termasuk seorang bayi), United Kingdom, sembilan; Jerman, empat; Belgium, empat; Filipina, tiga; Kanada, satu; dan yang tidak disahkan 41.

Info lanjut: http://www.astroawani.com/news/show/mh17-terhempas-mayat-ditemui-di-lokasi-serpihan-bersepah-sejauh-beberapa-kilometer-40072?cp

Gambar Terkini Nahas MH17












#Sumber gambar diambil dari Astro Awani


Video Tragedi Pesawat MH17 Yang Ditembak Jatuh

Laporan twitter Reuters juga melaporkan bahawa pegawai Kementerian Kecemasan di lokasi berkata bahagian badan bertaburan sehingga 15 km dari lokasi kemalangan dengan sekurang-kurangnya 100 mayat dilihat berselerakan.








Mengikut laporan yang sahih daripada akhbar Berita Harian, Sinar Harian, Astro Awani, serta sumber yang saya ambil dari Telegraph, kejadian tembakan ini didalangi oleh ketua pemberontak Ukraine yang pro Russia. Mereka menyangkakan kapal terbang MAS M17 itu pesawat milik Russia disebabkan corak bendera yang hampir serupa. Adakah spekulasi ini benar?

Insiden Pesawat Ditembak Jatuh


Sekiranya benar andaian setakat ini bahawa pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 ditembak jatuh dekat sempadan Ukraine-Rusia, ia bukanlah insiden yang pertama seumpamanya.
Mengikut sejarah, jika insiden MH17 ditembak jatuh adalah kerana tersalah sangka, ia bukan insiden yang pertama berlaku. Berikut adalah enam insiden seumpamanya dengan satu daripadanya juga ada kaitan dengan Ukraine.

1955: El Al Israel Airlines ELAL402

Penerbangan ini berlepas dari London menuju ke Tel Aviv melalui Vienna dan Istanbul. Pada 27 Julai 1955, pesawat Lockeheed L-049 Constellation itu tersasar masuk ke ruang udara Bulgaria.

Ia ditembak jatuh oleh dua pesawat pejuang MiG-15 milik tentera udara Bulgaria dan jatuh terhempas dekat Petrich, Bulgaria. Semua 58 penumpang dan anak kapal terbunuh. Nahas ini berlaku ketika hubungan tegang antara blok timur dan barat semasa era Perang Dingin.

Ia juga nahas terburuk melibatkan Lockheed L-049 Constellation pada ketika itu. Bulgaria kemudian memohon maaf dan mengatakan juruterbangnya telah "tergesa-gesa."

1973: Libyan Airline 114

Pesawat ini dalam penerbangan dari Tripoli menuju ke Kaherah melalui Benghazi. Akibat cuaca buruk dan kegagalan berfungsi peralatan komunikasinya, ia tersasar masuk ke ruang udara yang dikuasai oleh Israel dekat Semenanjung Sinai.

Pesawat Boeing 727 ini dipintas oleh dua pesawat pejuang milik Israel. Ia ditembak jatuh selepas dikatakan enggan memberi kerjasama. Siasatan mendapati juruterbang pesawat itu menyangkakan dua pesawat pejuang itu adalah milik Mesir yang dikerah untuk mengiringinya.

Pesawat itu membawa 113 orang penumpang dan anak kapal. Lima daripada mereka terselamat termasuk pembantu juruterbang.

1978: Korean Airlines KAL902

Pesawat yang dalam penerbangan dari Paris ke Seoul ini mengalami gangguan peralatan.

Juruterbangnya tersilap membuat perkiraan dan terbang masuk ke ruang udara Kesatuan Soviet (ketika itu) di Garisan Artik. Tentera udara Soviet yang menyangkakannya pesawat pengintip melepaskan tembakan. Pesawat Boeing 707 itu kemudian membuat pendaratan kecemasan dekat sempadan Finland. Dua daripada 109 penumpang dan anak kapalnya terbunuh.

1983: Korean Airlines (KAL007)

Pesawat pemintas milik Soviet Union menembak jatuh pesawat Boeing 747 yang dalam penerbangan dari New York ke Seoul. Ia membawa 269 orang penumpang dan anak kapal termasuk seorang wakil rakyat Amerika Syarikat. Semua mereka terbunuh. Nahas ini terjadi ketika kemuncak era Perang Dingin.

Ia meningkatkan kempen anti-Soviet terutamanya oleh Amerika. Soviet pada awalnya menafikan kejadian tetapi kemudiannya mengaku bertanggungjawab lima hari selepas insiden.

1988: Iran Air IRA655

Kejadian ini berlaku ketika Perang Iran-Iraq dan ketika hubungan tegang antara Amerika Syarikat dan Iran. Tentera Laut Amerika tersalah sangka kononnya pesawat Airbus 300 itu adalah sebuah pesawat pejuang.

Selepas beberapa amaran, kapal perang USS Vincennes melepaskan dua tembakan misil yang satu daripadanya mengenai pesawat itu. Ia jatuh di Selat Hormuz, membunuh semua 290 penumpang dan anak kapal. Iran mendakwa pesawat tersebut telah sengaja ditembak jatuh. Amerika membayar kepada Iran sebanyak AS$101.8 juta sebagai ganti rugi.

2001: Siberian Airlines SBI1812

Pesawat ini dalam penerbangan dari Tel Aviv, Israel ke Novosibirsk, Rusia. Ia ditembak jatuh oleh misil dari Ukraine semasa terbang melintasi Laut Hitam. Siasatan mendapati tentera udara Ukraine melepaskan dua misil semasa latihan ketenteraan.

Semua 78 penumpang dan anak kapal maut.


Bacaan lanjut: http://www.astroawani.com/news/show/jika-benar-mh17-bukan-pesawat-pertama-ditembak-jatuh-40111?cp

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close