Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.
Bonus Kakitangan Awam DiBayar Bersama Gaji Januari 2015
Berikutan pengumuman tersebut, bonus kakitangan awam yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2015 minggu lalu akan dibayar bersama gaji Januari 2015, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata, bonus berkenaan tidak boleh diawalkan atau dibayar pada tahun ini atau tahun sebelumnya.
"Bonus ini diluluskan dalam Bajet 2015. Jadi kalau kita lihat dari segi peraturan kewangan ia sepatutnya bermula (dibayar) pada 1 Januari 2015.
"Bonus akan masuk dalam gaji bulan Januari," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.