Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Kata Motivasi Istiqamah Mencapai Kejayaan

Kata Motivasi Istiqamah Mencapai Kejayaan - Pernahkah anda dengar kata-kata ini, "Orang yang luar biasa itu sederhana dalam perkataan, tetapi hebat dalam tindakan dan perbuatan." Biarlah kita bermula dengan usaha yang sedikit tetapi tidak pernah kenal erti jemu. Itulah sebuah perjuangan yang ditagih sebagaimana Rasulullah berpesan bahawa Allah amat menyukai hambaNya yang istiqamah melakukan pekerjaan memburu redhaNya.



Kata Motivasi Istiqamah Mencapai Kejayaan


"Amal yang paling dicintai oleh Allah adalah amal yang terus menerus meskipun hanya sedikit." {Nabi Muhammad S.A.W}


1) Sebenarnya risikolah yang membuatkan kita berjaya. Bahaya menjadikan kita lebih berwaspada. Kepayahan dan kesukaran sesuatu yang sementara. Nikmat bahagia hanya dapat dirasai oleh mereka yang tak pernah rasa bahagia. Nikmat kesenangan juga hanya dirasai oleh mereka yang tak pernah senang.

2) Kekuatan terbesar yang mampu mengalahkan stress adalah kemampuan memilih fikiran yang tepat. Kita akan menjadi lebih tenang bila yang kita fikirkan adalah jalan keluar masalah. - Mario Teguh 

3) Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.

4) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

5) Jadikan persaingan menjadi bahagian nikmat dari Allah yang boleh membuat diri kita semakin lebih baik dan membuat kita mampu berbuat yang terbaik.

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

1 Comments

  1. Waalaikumussalam ayie...terima kasih. kata-kata motivasi yang jadi penguat semangat menuju kejayaan memang penting agar kita selalu terus istiqamah..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.