Cara Buat Sambal Tumis Bawang Paling Lazat - Oleh kerana saya gemar makan dengan sambal tumis, jadi saya mencuba membuat sambal tumis yang paling best rasanya dan kepedasannya tidak terlalu menyengat. Jadi dari cuba dan cuba hingga akhirnya saya tahu bagaimana nak buat sambal tumis (yang biasa) jadi lazat hingga menjilat jari!!




Cara Buat Sambal Tumis Bawang Paling Lazat Dan Kurang Pedas


Kali ini saya terfikir untuk kongsikan dengan anda semua rahsia nak buat sambal tumis paling sedap. Mungkin chef-chef diluar sana ada rahsia mereka tersendiri, tapi yang ini cara saya. So, mungkin tak sama dengan mereka yang sudah terkenal. Maksudnya sambal tumis yang saya nak kongsikan caranya nanti rasanya tidak pedas sangat tetapi merah menyala, masin dan manisnya terasa dan boleh makan dengan makanan sampingan lain selain nasi lemak seperti dicecah dengan roti, jemput-jemput, ubi rebus dan macam-macam lagi. Ahah!

Oleh kerana ia sambal tumis yang biasa, jadi asasnya sama sahaja. Iaitu,

1 bungkus cili/lada kering (lebih kurang RM2.00) - direbus hingga nampak lembut cili tersebut

2 biji bawang besar - dipotong dadu

3 biji bawang putih - dihiris

1 sudu besar minyak masak

1 sudu kecil garam

1 1/2 inci halia

Bahan tambahan: 2 biji bawang besar dihiris kasar

Masukkan semua bahan di atas (kecuali bahan tambahan) tadi ke dalam blender/pengisar. Kisar hingga hancur dan tiada nampak biji -bijinya.

Masukkan ke dalam bekas kedap udara dan perapkan lebih kurang 1 jam. Lagi lama lagi bagus. 

Cara menyediakannya mudah sahaja. Tumis bahan-bahan di atas hingga naik minyaknya. (Jika mahu buat sambal tumis sedikit sahaja, ambil sebahagian cili kering yang dikisar tadi dan selebihnya simpan dalam peti ais.) Kemudian tambahkan garam, gula secukup rasa dan bawang besar sebagai hiasan. Perahkan sedikit air asam jawa. Bila bawang besar telah layu, boleh diangkat untuk dimakan dengan nasi lemak, lempeng dan sebagainya.

Tahukah anda apa yang membuatkan rasanya lebih lemak dan lazat? Lagi satu, rasa pedasnya pun berkurangan. Sudah tentu cili kering yang telah dikisar dan diperap tadi. Kerana segala bahan telah sebati dan diserap antara satu sama lain.

Selain sedap dan lazat, cili kering yang dikisar seperti di atas tahan lebih lama, sehingga dua minggu atau sebulan lamanya.

Ia juga amat praktikal untuk ibu-ibu yang bekerja.

Anda boleh mencuba kaedah di atas dan bandingkan dengan cara segera iaitu kisar cili dan terus menumisnya. Rasanya amat berlainan sekali.

Kalau nak tahu, kenalah cuba..

Read More ....