Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Memantau Isteri Bermain Facebook, Adakah Suami Berhak?

Adakah suami berhak memantau isterinya bermain Facebook? Adakah ia dikira menganggu privasi sang isteri? Banyak juga yang mempertikaikan hal tersebut. Adakala isteri yang suka bermain dengan Facebook secara tak sengaja mengabaikan tanggungjawab mereka kepada keluarga.




Memantau Isteri Bermain Facebook, Adakah Suami Berhak?

Jadi, daripada apa yang saya baca, wajib suami menjaga ahli keluarga (isteri dan anak-anak) dari perkara yang boleh membawa mereka kepada dosa yang akhirnya membawa ke neraka. 

Facebook adalah jaringan kawan-kawan dan kenalan, maka suami mempunyai hak untuk memantau dengan siapa isteri dan anak-anaknya berhubungan demi membolehkannya melaksanakan kehendak ayat dan hadis di bawah ini.

Hayati Firman Allah SWT di bawah yang maksudnya :

“Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka” (Surah at-Tahrim, ayat 6).

Di antara yang dipesan oleh Rasululllah SAW ialah berhati-hati dalam memilih kawan sebagaimana sabda baginda ;

“Seseorang itu berada di atas agama kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan). 

Oleh yang demikian, hendaklah wanita atau isteri merenung kembali perbuatannya. Jika suami melarang atau meminta kita mengurangkan aktiviti di media sosial, hendaklah kita menerima tegurannya dengan hati terbuka.

Renungan; Isteri yang solehah mampu mengubah padang pasir menjadi taman buahan yang indah.    

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Assalamualaikum puan Aynora,

    Pada pandangan saya, suami berhak 100% atas segala perbuatan isterinya, kerana suami sebagai pemimpin dan ketua keluarga akan disoal dihadapan Allah nanti.

    Hadis Nabi yang bermaksud:

    "Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap dari kamu akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya".

    Akhirnya terpulanglah pada siisteri untuk memahami tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Tanggungjawab seorang isteri adalah taat secara mutlak segala perintah suami selagi ianya tidak bercanggah dengan syarak.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close