Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Hilangkan Jerawat Paling Mudah Dan Murah

Jerawat di muka boleh dihilangkan dengan macam-macam cara. Namun ia bergantung kepada cara dan keberkesanannya kepada kulit individu terbabit. Ada banyak sebab jerawat tumbuh di muka antaranya kerana perubahan hormon, alahan terhadap makanan, aktif bersukan dan sebagainya.

Saya kongsikan Petua Hilangkan Jerawat Paling Mudah Dan Murah yang boleh dilakukan sendiri tanpa perlu berbelanja besar. Yang penting, kita kena bersabar kerana proses merawat kulit bukannya boleh dapat hasil on the spot! Ketika remaja dulu saya pun kena jerawat kat muka tetapi saya tak lah fanatik nak hapuskannya..hihi. Petua saya mudah aje. Tenyeh dengan hirisan bawang putih. Memang pedih, tetapi cepat baik.





Petua Hilangkan Jerawat Paling Mudah 


1. Bancuh sesudu susu tepung dengan sedikit air. Tepek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari. Mudahnya merawat jerawat di muka, kan?

2. Ambil beberapa helai daun jambu biji yang masih muda, iaitu bahagian pucuknya. Cuci hingga bersih dan ramas daun tersebut dengan air. Kemudian cuci muka anda dengan perahan air daun jambu biji tersebut. Sambil menggosok dengan perlahan di muka yang ada jerawat. Insyaa Allah, hasilnya akan kelihatan dalam beberapa hari.

3. Basuh muka dengan air hingga bersih. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Semoga bermanfaat. Selamat mencuba.


Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close