Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Apa Itu Hormon? Benarkah Hormon Boleh Sebabkan Obesiti?

Apa Itu Hormon? Benarkah Hormon Boleh Sebabkan Obesiti? - Ramai orang yang kurang ambil tahu apakah itu hormon? Selama ini kita sering cakap hormon tak seimbang lah, kurang hormon dalam badan lah, dan macam-macam lagi. Ada kawan-kawan suka cakap, semasa seseorang wanita haid menghadapi masalah hormon, mood mereka sering ‘swing’. Tetapi sebenarnya ramai orang menghadapi masalah berkaitan dengan hormon tetapi mereka tidak menyedarinya.

Saya terbaca info yang amat berguna berkaitan hormon dan kesan-kesannya di bawah ini. Mari kita sama-sama menambah pengetahuan...


Apa Itu Hormon? Benarkah Hormon Boleh Sebabkan Obesiti?
sumber: Google


Apa Itu Hormon? Benarkah Hormon Boleh Sebabkan Obesiti?


Menurut pakar hormon dan estetik di Pusat Antipenuaan dan Aestetiks Marissa , Dr. Rushmini Maris Ismail, hormon amat berkaitan dengan berat badan atau obesiti, perasaan, penyakit, kecantikan serta tenaga.

“Hormon dikenal pasti boleh menyebabkan obesiti. Dan ada juga pesakit menjalani pelbagai kursus mengawal berat badan tetapi tidak berjaya.

“Perkara ini berlaku pada arwah nenek saya yang mempunyai berat badan lebih 100 kg tetapi doktor tidak dapat mengesan apa-apa penyakit kronik. Malah berat badannya tidak turun walaupun beliau mengawal pengambilan pemakanan,” katanya semasa ditemui di kliniknya di Semenyih, Selangor baru-baru ini.

Malah Dr. Rushmini berkata, beliau juga menghadapi masalah obesiti sehinggalah beliau menjalani terapi hormon selepas melanjutkan pelajaran dalam bidang antipenuaan dan kecantikan di Eropah.

Menurutnya apabila hormon yang berkaitan dengan metabolisma rosak, ini akan menyebabkan salah satu aliran akan tersekat dan menyebabkan gangguan kepada tubuh badan dan lemak tidak boleh ditukar kepada tenaga. Jadi mereka yang menghadapi masalah ini akan menjadi obes.

“Sistem hormon memerlukan vitamin khusus untuk mengaktifkannya seperti Vitamin A untuk mata dan Vitamin C untuk kulit yang cantik,” katanya.

Kaitan Antara Hormon Dan Penyakit


Selain itu jelas Dr. Rushmini, hormon juga berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit misalnya kencing manis atau diabetes yang sangat berkait rapat dengan hormon insulin yang dihasilkan kelenjar pankreas.

Diabetes berlaku apabila insulin yang dihasilkan oleh pankreas tidak mencukupi bagi menguraikan gula menyebabkan gula masuk ke dalam salur darah dan keluar melalui air kencing menyebabkan penghidapnya lemah.

Dr. Rushmini berkata, hormon juga berkaitan dengan perasaan di mana wanita dan lelaki memerlukan paras hormon yang optimum bagi memberikan keselesaan terhadap pasangan masing-masing. Apabila hormon yang dihasilkan tidak cukup, ini akan menyebabkan rumah tangga satu-satu pasangan akan menjadi huru-hara.

“Misalnya lelaki yang mempunyai masalah prostat biasanya menghadapi masalah jantung dan mereka memerlukan hormon testosteron. Manakala wanita yang mengalami menopaus juga mengalami ketidakseimbangan hormon dan biasa mengalami masalah jantung,” katanya.

Hormon dan Kesannya Kepada Kecantikan


Dr. Rushmini berkata, hormon juga berkaitan dengan kecantikan kerana kesihatan berkaitan dengan kecantikan. Mereka yang menghadapi masalah hormon tidak seimbang biasanya akan menyebabkan badan tidak bermaya.

“Bagaimanapun kita boleh mengetahui hormon dominan dalam badan seseorang dengan tepat melalui ujian darah tetapi dengan soal jawab mengenai pemakanan dan gaya hidup serta bentuk badan kita juga boleh mengetahui mana hormon yang dominan,” katanya.

Dr. Rushmini berkata, hormon adalah bahan kimia semula jadi yang dikeluarkan oleh kelenjar hormon ke seluruh tubuh. Hormon memberikan arahan kepada proses fisiologi bagi mendapatkan keseimbangan tubuh.

“Hormon biasanya akan semakin merosot apabila seseorang berusia 50 tahun. Ini akan menyebabkan keadaan tubuh mengalami proses penuaan. Tetapi siapa yang ingin hidup begini?

“Walaupun berapa usia kita, kita perlu menseimbangkan kandungan hormon ke paras optimum atau sesuai bagi mengekalkan kesihatan tubuh,” katanya.

#Sumber

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close