Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Senarai Semak Cara Memastikan Perkembangan Janin Yang Sihat

Perkembangan janin dalam tempoh kehamilan adalah waktu yang harus dititikberatkan dan penjagaan yang sesuai perlu dilakukan agar janin tumbuh membesar dengan sihat dan normal sesuai dengan usianya. Ada beberapa perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan bagi menjaga tumbesaran janin dalam perut. Itu kita kena ambil tahu dengan menambah bacaan atau bertanya kepada pakar yang berkaitan. 

Senarai Semak Cara Memastikan Perkembangan Janin Yang Sihat

Tanda-tanda kehamilan


Apabila hamil, anda akan menyedari beberapa perubahan pada badan anda. Kenali dan bersedia untuk perubahan ini agar tempoh kehamilan anda berjalan lancar. 

Berikut beberapa perubahan fizikal yang biasa dialami ketika hamil:

✅ Tiada haid
✅ Degupan jantung lebih laju
✅ Pedih ulu hati
✅ Loya (dengan atau tanpa muntah)
✅ Berat badan meningkat
✅ Selera makan dan minum meningkat
✅ Buah dada membesar
✅ Kerap buang air kecil

Senarai semak Cara Memastikan Perkembangan Janin Yang Sihat


Mengambil langkah yang betul bagi memastikan perkembangan janin yang sihat sama penting dengan persediaan menghadapi perubahan fizikal ketika hamil. Senarai semak ini boleh menjadi panduan anda.

1. Buat pemeriksaan antenatal. Ini merujuk kepada pemeriksaan ketika hamil, apabila ujian dan pemeriksaan kesihatan rutin untuk ibu dan janin akan dijalankan. Ibu mengandung disarankan membuat pemeriksaan antenatal pertama dalam masa 12 minggu selepas disahkan hamil dan membuat 8 temujanji sepanjang kehamilan.

2. Menambah baik pemakanan. Bagi menyokong perkembangan sihat janin, ibu disarankan agar kerap mengambil suplemen asid folik sebelum hamil sehingga sekurang-kurangnya minggu ke-12 kehamilan. 

3. Tingkatkan juga pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien seperti vitamin C, vitamin D, zat besi dan kalsium.

4. Kekal cergas. Bergiat aktif boleh membantu ibu hamil bersedia untuk bersalin. Walaupun senaman berat tidak dinasihatkan, senaman ringan seperti senaman lantai pelvis boleh menguatkan otot yang terlibat semasa bersalin. Ibu mengandung disarankan untuk kerap melakukan senaman ringan selama 15-30 minit, tiga kali seminggu.

5. Kerap minum air. Ibu mengandung perlu kekal terhidrat untuk menyokong perkembangan janin.

6. Berhenti merokok. Merokok semasa hamil boleh menyebabkan kesan buruk pada janin. Dapatkan bantuan untuk berhenti merokok bagi memastikan bayi berkembang dengan sihat.


7. Bersedia secara kewangan. Menjadi ibu bapa ialah tanggungjawab kewangan yang berat. Berbincanglah dengan pasangan anda bagi memastikan anda berdua telah bersedia.

8. Mendaftar kelas antenatal. Kelas antenatal boleh membantu menjawab pelbagai kerisauan dan masalah tentang penjagaan bayi dan menyediakan ibu untuk proses bersalin dan kelahiran.

9. Mula rancang kelahiran. Anda disarankan untuk merancang pilihan anda sebelum bersalin dan selepas kelahiran (cth: nama bayi, kedudukan bersalin, ubat penahan sakit dan privasi). Ini membantu bidan menjadikan proses bersalin lebih selesa dan mudah.

10. Persediaan berpantang. Jika anda tiada sokongan di rumah, anda mungkin perlu mencari pembantu atau rumah berpantang. Rancanglah lebih awal.

10. Ambil vaksin. Dapatkan vaksin semasa hamil untuk memberi perlindungan kepada anak daripada penyakit tertentu sebelum kelahirannya lagi. Antara vaksinasi penting termasuklah vaksin Tdap dan influenza. Vaksin Tdap 3-dalam-1 memberi perlindungan kepada bayi baru lahir terhadap tetanus, difteria dan pertusis. Begitu juga, vaksin influenza penting untuk mencegah jangkitan influenza (flu) dan memberi perlindungan penting kepada bayi baru lahir beberapa bulan selepas lahir.

Semoga perkongsian tentang senarai semak Cara Memastikan Perkembangan Janin Yang Sihat yang tersenarai di atas dapat menambahkan ilmu kehamilan kepada para wanita di luar sana untuk lebih bersedia apabila tiba masanya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close